Soalan 1:
Tulis satu kadaran bagi setiap situasi yang berikut. Wakilkan maklumat yang hendak dicari dengan menggunakan pemboleh ubah yang sesuai.
(a) Puan Jamilah menggunakan 175 ml minyak zaitun dan 50 ml cuka untuk membuat bahan perapan. Berapakah isi padu cuka yang diperlukan jika Puan Jamilah menggunakan 300 ml minyak zaitun untuk membuat bahan tersebut?
(b) Seorang ahli meteorologi menggunakan tolok hujan untuk menyukat jumlah air hujan di sebuah bandar. Dia mendapati jumlah hujan yang turun di bandar itu ialah 7. 8 mm dalam masa 3 jam. Jika hujan turun pada kadar yang sama, berapa lama hujan akan turun untuk mencapai 11.7 mm?

Penyelesaian:
(a)
Katakan isi padu cuka yang diperlukan jika 300 ml minyak zaitun digunakan ialah x.
$$ \begin{aligned} \frac{175 \mathrm{ml} \text { minyak zaitun }}{50 \mathrm{ml} \text { cuka }} & =\frac{300 \mathrm{ml} \text { minyak zaitun }}{x} \\ 175 \times x & =300 \times 50 \\ x & =\frac{300 \times 50}{175} \\ x & =\frac{600}{7} \mathrm{ml} \end{aligned} $$
(b)
Katakan tempoh masa hujan akan turun utk mencapai 11.7 mm ialah x.
$$ \begin{aligned} \frac{7.8 \mathrm{~mm}}{3 \mathrm{jam}} & =\frac{11.7 \mathrm{~mm}}{x} \\ 7.8 \times x & =11.7 \times 3 \\ x & =\frac{11.7 \times 3}{7.8} \\ x & =4.5 \mathrm{jam} \end{aligned} $$

Soalan 2:
Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda bergigi. Apabila gear yang bersaiz besar berputar 4 kali, gear yang bersaiz kecil berputar 18 kali. Berapa kali gear yang bersaiz besar akan berputar jika gear yang bersaiz kecil berputar 54 kali?
Penyelesaian:
Katakan bilangan kali gear yang bersaiz besar akan berputar jika gear yang bersaiz kecil berputar 54 kali ialah x.
$$ \begin{aligned} \frac{4 \text { kali (gear besar) }}{18 \text { kali (gear kecil) }} & =\frac{x}{54 \text { kali (gear kecil) }} \\ 18 \times x & =4 \times 54 \\ x & =\frac{4 \times 54}{18} \\ x & =12 \mathrm{kali} \end{aligned} $$

Soalan 3
:
Seorang tukang kebun mengambil masa setengah jam untuk memotong rumput dan membuang rumpai di halaman sebuah rumah yang berukuran 20 m × 15 m. Tukang kebun itu diberi upah RM30 per jam. Berapakah upah yang diterimanya jika dia membersihkan halaman sebuah rumah yang berukuran 40 m × 30 m?
Penyelesaian:
Diberi upah tukang kebun adalah RM30 per jam. Maka, upahnya bagi setengah jam adalah RM15.
Katakan upah yang diterima oleh tukang kebun untuk membersihkan halaman sebuah rumah yang berukukran 40 m × 30 m ialah x.
$$ \begin{aligned} \frac{\mathrm{RM} 15}{20 \mathrm{~m} \times 15 \mathrm{~m}} & =\frac{x}{40 \mathrm{~m} \times 30 \mathrm{~m}} \\ \frac{\mathrm{RM} 15}{300 \mathrm{~m}^2} & =\frac{x}{1200 \mathrm{~m}^2} \\ 300 \times x & =15 \times 1200 \\ x & =\frac{15 \times 1200}{300} \\ x & =\text { RM60 } \end{aligned} $$