Latih Diri 4.3b – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 4 (Nisbah, Kadar dan Kadaran)


Soalan 1:
Terdapat 200 orang pemain dalam 8 pasukan ragbi yang menyertai suatu karnival sukan. Tentukan bilangan pemain dalam 2 pasukan jika setiap pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} &\text { Katakan bilangan pemain dalam } 2 \text { pasukan ialah } x\\ &\begin{aligned} \frac{200 \text { orang pemain }}{8 \text { pasukan }} & =\frac{x}{2 \text { pasukan }} \\ 8 \times x & =200 \times 2 \\ x & =\frac{200 \times 2}{8} \\ x & =50 \text { orang pemain } \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 2:
Dalam Ujian SEGAK semasa waktu Pendidikan Jasmani, Amir boleh melakukan senaman tekan tubi sebanyak 60 kali dalam masa 3 minit. Berapa kali tekan tubi yang boleh dilakukan oleh Amir dalam masa 5 minit? (Andaikan Amir boleh melakukan senaman tekan tubi pada kadar yang sama.)

Penyelesaian:
Katakan bilangan tekan tubi yang boleh dilakukan oleh Amir dalam masa 5 minit ialah x
$$ \begin{aligned} \frac{60 \text { kali tekan tubi }}{3 \mathrm{~min}} & =\frac{x}{5 \mathrm{~min}} \\ 3 \times x & =60 \times 5 \\ x & =\frac{60 \times 5}{3} \\ x & =100 \text { kali tekan tubi } \end{aligned} $$


Soalan 3:
Seorang peladang menanam tiga pokok cili per 0. 5 m2. Berapakah pokok cili yang boleh ditanam oleh peladang itu dalam suatu kawasan seluas 85 m2?

Penyelesaian:
Katakan bilangan pokok cili yang boleh ditanam oleh peladang itu dalam suatu kawasan seluas 85 m2 ialah x
$$ \begin{aligned} \frac{3 \text { pokok cili }}{0.5 \mathrm{~m}^2} & =\frac{x}{85 \mathrm{~m}^2} \\ 0.5 \times x & =3 \times 85 \\ x & =\frac{3 \times 85}{0.5} \\ x & =510 \text { pokok cili } \end{aligned} $$

Leave a Comment