Mahir Diri 4.2 – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 4 (Nisbah, Kadar dan Kadaran)


Soalan 1:
Seketul aluminium yang berisi padu 5 cm3 mempunyai jisim 13. 5 g. Cari ketumpatan aluminium itu dalam g per cm3.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} \text { Ketumpatan } & =\frac{\text { Jisim }}{\text { Isi padu }} \\ & =\frac{13.5 \mathrm{~g}}{5 \mathrm{~cm}^3} \\ & =\frac{2.7 \mathrm{~g}}{\mathrm{~cm}^3} \\ & =2.7 \mathrm{~g} \mathrm{per} \mathrm{~cm} \end{aligned} $$


Soalan 2:


(a) Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, jelaskan
(i) nisbah jisim semasa lahir kepada jisim selepas 60 hari bagi kedua-dua spesies orang utan,
(ii) kadar pertumbuhan kedua-dua spesies orang utan itu dalam kg per 60 hari.
(b) Nyatakan dua kuantiti yang terlibat dalam kadar yang diperoleh dalam (a)(ii).


Penyelesaian:
(a)(i)
Orang-utan Borneo

$$ \begin{aligned} &\text { Jisim semasa lahir : Jisim selepas } 60 \text { hari }\\ &\begin{aligned} & =0.3 \mathrm{~kg}: 6.3 \mathrm{~kg} \\ & =0.3: 6.3 \\ & =0.3 \times 10: 6.3 \times 10 \\ & =3: 63 \\ & =\frac{3}{3}: \frac{63}{3} \\ & =1: 21 \end{aligned} \end{aligned} $$



Orang-utan Sumatera
$$ \begin{aligned} &\text { Jisim semasa lahir : Jisim selepas } 60 \text { hari }\\ &\begin{aligned} & =0.7 \mathrm{~kg}: 7.7 \mathrm{~kg} \\ & =0.7: 7.7 \\ & =0.7 \times 10: 7.7 \times 10 \\ & =7: 77 \\ & =\frac{7}{7}: \frac{77}{7} \\ & =1: 11 \end{aligned} \end{aligned} $$



(a)(ii)
Orang-utan Borneo
$$ \begin{aligned} \text { Kadar pertumbuhan } & =\frac{(6.3-0.3) \mathrm{kg}}{60 \mathrm{hari}} \\ & =\frac{6 \mathrm{~kg}}{60 \mathrm{hari}} \end{aligned} $$
Orang-utan Sumatera

$$ \begin{aligned} \text { Kadar pertumbuhan } & =\frac{(7.7-0.7) \mathrm{kg}}{60 \mathrm{hari}} \\ & =\frac{7 \mathrm{~kg}}{60 \text { hari }} \end{aligned} $$

(b)
Dua kuantiti yang terlibat adalah jisim (kg) dan masa (hari).


Soalan 3:
Halim ingin membeli susu kotak. Susu kotak itu dijual dalam tiga jenis bungkusan yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.


(a) Tulis kadar harga bagi setiap susu kotak itu.
(b) Tentukan harga per liter bagi susu kotak 500 ml.
(c) Susu kotak yang manakah ditawarkan dengan harga yang paling menjimatkan?
Justifikasikan jawapan anda.


Penyelesaian:
(a)
$$ \text { Kadar harga bagi susu kotak } 250 \mathrm{ml}=\frac{\mathrm{RM} 2.25}{250 \mathrm{ml}} $$
$$ \text { Kadar harga bagi susu kotak } 500 \mathrm{ml}=\frac{\mathrm{RM} 4.00}{500 \mathrm{ml}} $$
$$ \text { Kadar harga bagi susu kotak } 1000 \mathrm{ml}=\frac{\mathrm{RM} 7.50}{1000 \mathrm{ml}} $$


(b)
$$ \begin{aligned} \text { Harga per liter bagi susu kotak } 500 \mathrm{ml} & =\frac{\mathrm{RM} 4.00}{500 \mathrm{ml}} \\ & =\frac{\mathrm{RM} 4.00}{\frac{500}{1000}} \\ & =\mathrm{RM} 4.00 \times \frac{1000}{500} \\ & =\frac{\mathrm{RM} 8.00}{1 \text { liter }} \end{aligned} $$


(c)
$$ \begin{aligned} &\text { Harga per liter bagi susu kotak } 250 \mathrm{ml}\\ &\begin{aligned} & =\frac{\mathrm{RM} 2.25}{250 \mathrm{ml}} \\ & =\frac{\mathrm{RM} 2.25}{\frac{250}{1000}} \\ & =\text { RM2.25 } \times \frac{1000}{250} \\ & =\frac{\text { RM9.00 }}{1 \text { liter }} \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Harga per liter bagi susu kotak } 500 \text { ml }\\ &=\frac{\text { RM8.00 }}{1 \text { liter }}(\text { Dari }(b)) \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Harga per liter bagi susu kotak } 1000 \text { ml }\\ &\begin{aligned} & =\frac{\mathrm{RM} 7.50}{1000 \mathrm{ml}} \\ & =\frac{\mathrm{RM} 7.50}{1 \text { litre }} \end{aligned} \end{aligned} $$
Susu kotak 1 l menawarkan harga yang paling menjimatkan. Harganya paling rendah berbanding dengan harga bagi susu kotak 250 ml dan 500 ml yang masing-masing berharga RM9 per liter dan RM8 per liter.


Leave a Comment