Latih Diri 4.1b – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 4 (Nisbah, Kadar dan Kadaran)


Soalan 1:
Antara berikut, manakah nisbah yang setara dengan 18 : 24 : 45?


Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} &\text { (1) } 3: 4: 9\\ &\begin{aligned} 18: 24: 45 & =\frac{18}{6}: \frac{24}{6}: \frac{45}{6} \\ & =3: 4: \frac{15}{2} \end{aligned} \end{aligned} $$
Maka, 3 : 4 : 9 bukan nisbah yg setara dengan 18 : 24 : 45



$$ \begin{aligned} &\text { (2) } 36: 48: 90\\ &\begin{aligned} 18: 24: 45 & =18 \times 2: 24 \times 2: 45 \times 2 \\ & =36: 48: 90 \end{aligned} \end{aligned} $$
Maka, 36 : 48 : 90 ialah nisbah yang setara dengan 18 : 24 : 45


$$ \begin{aligned} &\text { (3) } 0.6: 0.8: 1.5\\ &\begin{aligned} 18: 24: 45 & =\frac{18}{30}: \frac{24}{30}: \frac{45}{30} \\ & =0.6: 0.8: 1.5 \end{aligned} \end{aligned} $$
Maka, 0.6 : 0.8 : 1.5 ialah nisbah yang setara dengan 18 : 24 : 45



$$ \begin{aligned} & \text { (4) } \frac{2}{5}: \frac{8}{15}: 1 \\ & 18: 24: 45 \\ & =\frac{18}{45}: \frac{24}{45}: \frac{45}{45} \\ & =\frac{2}{5}: \frac{8}{15}: 1 \end{aligned} $$
$$ \text { Maka, } \frac{2}{5}: \frac{8}{15}: 1 \text { ialah nisbah yang setara dengan 18:24:45 } $$



Soalan 2:
Kenal pasti dan tentukan nisbah setara bagi bahagian berlorek dalam setiap rajah yang berikut.


Penyelesaian:
(a)

Nisbah setara bagi bahagian berlorek ialah 1 : 3  dan 2 : 6


(b)

Nisbah setara bagi bahagian berlorek ialah 3 : 8, 6 : 16 dan 9 : 24


Soalan 3:
Di sebuah tapak pembinaan, seorang pekerja menyediakan konkrit untuk asas sokongan bangunan. Dia membancuh 10 bahagian simen dengan 20 bahagian pasir dan 30 bahagian batu kelikir. Kenal pasti dan tentukan dua nisbah setara yang mungkin untuk bancuhan ini.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} & \text { Simen }: \text { Pasir : Batu kelikir } \\ & 10: 20: 30 \\ & =\frac{10}{10}: \frac{20}{10}: \frac{30}{10} \\ & =1: 2: 3 \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} & 1: 2: 3 \\ = & 1 \times 2: 2 \times 2: 3 \times 2 \\ = & 2: 4: 6 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} & 1: 2: 3 \\ = & 1 \times 5: 2 \times 5: 3 \times 5 \\ = & 5: 10: 15 \end{aligned} $$
atau jawapan lain-lain.

Leave a Comment