Latih Diri 4.4b – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 4 (Nisbah, Kadar dan Kadaran)


Soalan 1:
Nisbah harga sehelai baju kebaya kepada harga sehelai baju kurung ialah 7 : 4. Jika harga baju kebaya itu ialah RM84, cari harga baju kurung.

Penyelesaian:
Katakan x = harga baju kurung
$$ \begin{aligned} &\text { Harga baju kebaya : harga baju kurung }\\ &\begin{aligned} 7 & : 4 \\ \text { RM84 } & : \mathrm{RM} x \\ \frac{7}{84} & =\frac{4}{x} \\ 7 \times x & =4 \times 84 \\ x & =\frac{4 \times 84}{7} \\ x & =\text { RM48 } \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 2:
Nisbah jisim Encik Arif kepada jisim anaknya ialah 3 : 2. Jika jisim anaknya ialah 42 kg, cari jisim Encik Arif.

Penyelesaian:
Katakan x = harga baju kurung
$$ \begin{aligned} \text { Jisim Encik Arif } & : \text { jisim anak Encik Arif } \\ 3 & : 2 \\ x & : 42 \mathrm{~kg} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \frac{3}{x} & =\frac{2}{42} \\ 3 \times 42 & =2 \times x \\ \frac{3 \times 42}{2} & =x \\ 63 & =x \\ x & =63 \mathrm{~kg} \end{aligned} $$


Soalan 3:
Zanariah, Rusita dan Hanifah berkongsi membayar kos hadiah hari jadi ibu mereka mengikut nisbah 5 : 3 : 2. Hanifah membayar RM50 untuk hadiah itu. Hitung jumlah wang yang dibayar oleh Zanariah dan Rusita.

Penyelesaian:
Katakan x = jumlah wang yang dibayar oleh Zanariah dan Rusita
$$ \begin{aligned} & \text { Zanariah : Rusita : Hanifah } \\ & 5: 3: 2 \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} \text { Zanariah + Rusita } & : \text { Hanifah } \\ 5+3 & : 2 \\ 8 & : 2 \\ \mathrm{RM} x & : \text { RM50 } \\ \frac{8}{x} & =\frac{2}{50} \\ 8 \times 50 & =2 \times x \\ \frac{8 \times 50}{2} & =x \\ 200 & =x \\ x & =\mathrm{RM} 200 \end{aligned} $$


Soalan 4:
Kadir, Chandran dan Ping Wei menyertai suatu kuiz Sains. Bilangan soalan yang dijawab oleh mereka mengikut nisbah 4 : 6 : 3. Chandran telah menjawab 30 soalan.
Hitung jumlah soalan yang dijawab oleh Kadir dan Ping Wei.

Penyelesaian:
Katakan x = jumlah soalan yang dijawab oleh Kadir dan Ping Wei
$$ \begin{aligned} & \text { Kadir : Chandran : Ping Wei } \\ & 4: 6: 3 \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} \text { Chandran } & : \text { Kadir }+ \text { Ping Wei } \\ 6 & : 4+3 \\ 6 & : 7 \\ 30 \text { soalan } & : x \text { soalan } \\ \frac{6}{30} & =\frac{7}{x} \\ 6 \times x & =7 \times 30 \\ x & =\frac{7 \times 30}{6} \\ x & =35 \text { soalan } \end{aligned} $$


Soalan 5:
42 orang murid Kelas 1 Dedikasi telah mendaftar sebagai ahli Kelab Komputer, Kelab Robotik dan Kelab Taekwondo. Setiap murid dibenarkan mendaftar hanya satu kelab. Didapati bilangan murid yang mendaftar sebagai ahli Kelab Robotik ialah satu per tiga daripada bilangan murid yang mendaftar sebagai ahli Kelab Komputer dan bilangan murid yang mendaftar sebagai ahli Kelab Taekwondo ialah 14 orang. Tentukan nisbah bilangan ahli Kelab Komputer kepada bilangan ahli Kelab Robotik kepada bilangan ahli Kelab Taekwondo.


Penyelesaian:
Katakan k = bilangan murid yang mendaftar sebagai ahli Kelab Komputer
$$ \begin{aligned} &\text { Kelab Komputer : Kelab Robotik : Kelab Taekwondo }\\ &c: \frac{1}{3} c: 14 \end{aligned} $$
Ahli Kelab Komputer + Ahli Kelab Robotik +   Ahli Kelab  Taekwondo   =  42
$$ \begin{aligned} c+\frac{1}{3} c+14 & =42 \\ c+\frac{1}{3} c & =42-14 \\ \frac{4}{3} c & =28 \\ \frac{4}{3} c \times \frac{3}{4} & =28 \times \frac{3}{4} \\ c & =28 \times \frac{3}{4} \\ c & =21 \mathrm{ahli} \end{aligned} $$




Leave a Comment