Latih Diri 4.4c – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 4 (Nisbah, Kadar dan Kadaran)


Soalan 1:
Seseorang yang melakukan senaman berjalan dapat membakar 2.9 kalori tenaga per minit. Berapakah kalori tenaga yang akan dibakar jika dia berjalan 20 minit?

Penyelesaian:
$$ \text { Kalori tenaga yang membakar }=\frac{2.9 \text { kalori }}{1 \text { minit }} $$
Katakan x = Kalori tenaga yang akan dibakar jika seseorang berjalan 20 minit
$$ \begin{aligned} \frac{2.9}{1} & =\frac{x}{20} \\ 2.9 \times 20 & =x \times 1 \\ 58 & =x \\ x & =58 \text { kalori } \end{aligned} $$


Soalan 2:
Enam kotak jus limau dijual pada harga RM12.25. Tentukan harga bagi 24 kotak jus limau yang sama.

Penyelesaian:
$$ \text { Harga jus limau }=\frac{\text { RM12.25 }}{6 \text { kotak }} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Katakan } x=\text { harga bagi } 24 \text { kotak jus limau yang sama }\\ &\begin{aligned} \frac{12.25}{6} & =\frac{x}{24} \\ 12.25 \times 24 & =x \times 6 \\ \frac{12.25 \times 24}{6} & =x \\ 49 & =x \\ x & =\text { RM } 49.00 \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 3:
Anis menggunakan 8 cawan tepung untuk membuat 60 keping biskut susu mentega pada hari Isnin. Pada hari Selasa, Anis ingin membuat 15 keping biskut. Jika kadar penggunaan tepung tidak berubah, berapa cawan tepung yang perlu digunakannya?

Penyelesaian:
Katakan x = bilangan cawan tepung yang perlu untuk membuat 15 keping biskut
$$ \begin{aligned} \frac{60 \text { keping }}{8 \text { cawn }} & =\frac{15 \text { keping }}{x \text { cawan }} \\ 60 \times x & =15 \times 8 \\ x & =\frac{15 \times 8}{60} \\ x & =2 \text { cawan } \end{aligned} $$


Soalan 4:
Andaikan kadar pertukaran mata wang asing ialah USD1 bersamaan dengan RM3.90. Pada kadar ini, Ahmad memberi RM200 kepada pengurup mata wang asing. Pengurup kemudiannya mengembalikan RM5 bersama mata wang USD. Berapakah USD yang diterima oleh Ahmad?

Penyelesaian:
Jumlah wang yang dapat ditukarkan kepada mata wang USD
= RM200 – RM5
= RM195


Katakan x = mata wang USD yang diterima oleh Ahmad dengan RM195
$$ \begin{aligned} \frac{\mathrm{USD} 1}{\mathrm{RM} 3.90} & =\frac{\mathrm{USD} x}{\mathrm{RM} 195} \\ 1 \times 195 & =x \times 3.90 \\ \frac{1 \times 195}{3.90} & =x \\ 50 & =x \\ x & =\text { USD50 } \end{aligned} $$

Leave a Comment