8.2.3 Lokus dalam Dua Dimensi, Praktis Berformat PT3


Soalan 5:
Rajah di ruang jawapan menunjukkan sebuah segi empat sama ABCD. E, F, G dan H ialah titik tengah bagi garis lurus AD, AB, BC dan CD masing-masing. W, X dan Y ialah titik-titik yang bergerak di dalam segi empat sama itu.
Pada rajah,

(a) lukis lokus bagi titik W dengan keadaan jaraknya adalah sentiasa sama dari AD dan BC.

(b) lukis lokus bagi titik X yang bergerak dengan keadaan XM = MG.

(c) lukis lokus bagi titik Y yang bergerak dengan keadaan titik itu sentiasa berjarak 6 cm dari titik C.

(d) Seterusnya, tandakan dengan simbol ⊗  persilangan bagi lokus W dan lokus Y.

Jawapan
:
(a), (b), (c) dan (d)


Penyelesaian
:



Soalan 6:
Rajah pada ruang jawapan di bawah menunjukkan sebuah poligon ABCDEF yang dilukis pada grid segi empat sama bersisi 1 unit. X, Y dan Z ialah titik-titik yang bergerak dalam poligon itu.

(a) X ialah titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari titik B dan titik F.

Dengan menggunakan huruf, nyatakan lokus bagi X pada rajah itu.
(b) Pada rajah pada ruang jawapan, lukis
(i) lokus bagi titik Y yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa selari dan sama dari garis lurus BA dan garis lurus CD.
(ii) lokus bagi titik Z yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa 6 unit  dari titik A.

(c) Seterusnya, tandakan dengan simbol ⊗  persilangan bagi lokus Y dan lokus Z.

Jawapan:
(b)(i), (ii) dan (c)


Penyelesaian:
(a) Lokus bagi X ialah AD.

(b)(i),(ii) dan (c)



Leave a Comment