6.3.1 Tangen kepada Bulatan


6.3.1 Tangen kepada Bulatan

1.   Tangen kepada bulatan ialah garis lurus yang menyentuh bulatan itu pada satu titik sahaja. Titik tersebut dipanggil titik sentuhan.
 

2.   Jejari yang melalui titik sentuhan tangen adalah berserenjang dengan tangen itu.

Jika ABC ialah tangen kepada bulatan di B, maka ∠ABO = ∠CBO = 90o.
 

6.3.1a Sifat-sifat Berkaitan dengan Dua Tangen kepada Suatu Titik di Luar Bulatan


Dalam rajah di atas, BA dan BC ialah dua tangen dari satu titik luar B. Sifat-sifat bagi tangennya adalah berikut.
 
  ( a ) BA=BC   ( b ) ABO=CBO= x o   ( c ) AOB=COB= y o   ( d ) OAB=OCB=  90 o   ( e ) AOC+ABC=  180 o   ( f )  Δ AOB dan ΔCOB adalah kongruen  

Leave a Comment