3.1 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga
(A) Kuasa Dua
Kuasa dua suatu nombor ialah hasil darab nombor itu apabila didarab dengan dirinya sendiri.
Contoh:
(a) 132 = 13 × 13 = 169
(b) (–10)2 = (–10) × (–10) = 100
(c) (0.4)2 = 0.4 × 0.4 = 0.16
(d) (–0.06)2 = (–0.06) × (–0.06) = 0.0036(B) Kuasa Dua Sempurna
1. Kuasa dua sempurna ialah kuasa dua suatu nombor bulat.
2. Kuasa dua sempurna dapat diperoleh dengan mendarab satu nomborbulat dengan dirinya sendiri.
Misalnya:
4 = 2 × 2
9 = 3 × 3
16 = 4 × 4
9 = 3 × 3
16 = 4 × 4
3. Dua belas nombor kuasa dua sempurna yang pertama:
= 12, 22, 32, 42, 52, 62, 72, 82, 92, 102, 112, 122
= 1, 4, 9, 16, 25, 36, 49, 64, 81, 100, 121, 144
(C) Punca Kuasa Dua Nombor
1. Punca kuasa dua suatu nombor positif ialah suatu nombor yang apabila didarabkan dengan dirinya sendiri akan menghasilkan nombor positif itu.
Contoh:
(D) Kuasa Tiga
1. Kuasa tiga suatu nombor ialah hasil darab nombor itu apabila didarab dengan dirinya sendiri sebanyak dua kali.
Misalnya:
Kuasa tiga bagi 3 ialah
33 = 3 × 3 × 3
= 27
2. Kuasa tiga sebarang nombor negatif adalah negatif.
Misalnya:
(–2)3 = (–2) × (–2) × (–2)
= –8
3. Kuasa tiga sifar ialah sifar. Kuasa tiga satu ialah satu, 13 = 1.
(E) Punca Kuasa Tiga Nombor
1. Punca kuasa tiga suatu nombor ialah nombor yang kuasa tiganya sama dengan nombor yang diberikan itu. Tatatanda bagi punca kuasa tiga ialah
Misalnya:
disebut sebagai ‘punca kuasa tiga bagi enam puluh empat’.
2. Punca kuasa tiga sebarang nombor positif adalah positif.
Misalnya:
3. Punca kuasa tiga sebarang nombor negatif adalah negatif.
Misalnya:
4. Untuk mencari punca kuasa tiga suatu pecahan, permudahkan pengangka dan penyebut pecahan kepada bentuk kuasa tiga integer. Selepas itu, cari punca kuasa tiga integer-integer itu.
Misalnya:
this is good for studiying
Sangat Bagus dan terima kasih kepada website ini memberikan kefahamanan kepada saya…….TK!!!
This is good studying for me
And Thank you a lot
Thanks for giving a super notes.itd so helpful for me
terima kasih cikgu
contoh cara selesaikan nombor punca kuasa bukan mudah ? someone explain
Tq so much ! Kerana ia sangat membantu saya untuk menyiapkan kerja matematik saya