Latih Diri 3.1g – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 3 – Kuasa Dua & Punca Kuasa Dua


Soalan 1:
Ai Ling mempunyai sehelai kain berbentuk segi empat sama. Luas kain adalah antara 6 400 cm2 dengan 12 100 cm2. Dia ingin menggunakan kain itu untuk menjahit sehelai alas meja berbentuk segi empat sama untuk menutupi muka meja berbentuk segi empat sama dengan panjang sisi 92 cm .

(a) Berapakah panjang kain, dalam cm , yang dapat dijahit oleh Ai Ling? [Andaikan panjang kain itu merupakan suatu nombor bulat.]

(b) Ai Ling bercadang menghiasi sepanjang tepi alas meja itu dengan renda putih yang berukuran 4.5 m supaya alas meja itu kelihatan cantik. Adakah panjang renda putih itu mencukupi? Berikan alasan anda.


Penyelesaian:
(a)
6 400 dengan 12 100 adalah kuasa dua sempurna
6 400 = 802
12 100 = 1102

Luas alas meja perlulah sama atau lebih besar daripada luas meja supaya dapat menutupi muka meja.

Maka, panjang setiap sisi alas meja adalah dalam julat 92 cm hingga 110 cm.


(b)
Andaikan setiap sisi alas meja ialah 110 cm.

Jumlah panjang alas meja ialah 110 cm × 4 = 440 cm
= 4.4 m

Panjang renda putih yang berukuran 4.5 m adalah mencukupi,  kerana Panjang maksimum renda putih yang diperlukan ialah 4.4 m.

Leave a Comment