6.1 Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah


6.1 Persamaan Linear
 
6.1.1 Kesamaan
1. Kesamaan ialah suatu hubungan antara dua kuantiti yang nilainya adalah sama.
Simbol untuk kesamaan ialah ‘=’.
Misalnya: km = 1000 m

2. 
Jika dua kuantiti itu tidak mempunyai nilai yang sama, simbol ‘≠’ digunakan.
Misalnya: 9 ÷ 4 ≠ 3


6.1.2 Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah
1. Sebutan algebra linear ialah sebutan algebra yang mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa pemboleh ubah itu ialah satu.
Misalnya: 8x, -7y, 0.5y, 3a, …..

2. Ungkapan algebra linear
dibentukkan apabila dua atau lebih sebutan algebra linear dan nombor digabungkan dengan operasi tambah atau tolak atau kedua-duanya.
Misalnya:
3x – 4y, 4+ 9, 6x – 2y + 5, ……


3. Persamaan linear
ialah persamaan yang melibatkan pemboleh ubah yang mempunyai kuasa satu.
Misalnya:
5x – 4 = 11, 4x + 7 = 15, 3y – 2 = 7


6.1.3 Penyelesaian Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah
1. Menyelesaikan suatu persamaan linear ialah mencari nilai pemboleh ubah yang memuaskan persamaan itu.

2. Nilai pemboleh ubah itu juga dikenali sebagai punca bagi persamaan linear tersebut.

Contoh 1:
+ 4 = 12
  x = 12 – 4 ← (Apabila +4 dipindahkan ke sebelah kanan persamaan menjadi –4)
  = 8

Contoh 2:
– 7 = 11
  x = 11 + 7 ← (Apabila –7 dipindahkan ke sebelah kanan persamaan menjadi +7)
  = 18

Contoh 3:

8x=16 x= 16 8  ×8 dipindahkan ke sebelah  kanan persamaan menjadi ÷ x=2

Contoh 4:
x 5 =3 x=3×5  ÷5 dipindahkan ke sebelah  kanan persamaan menjadi × x=15
 

1 thought on “6.1 Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah”

Leave a Comment