12.2.2 Sukatan Kecenderungan Memusat, Praktis Berformat PT3


Soalan 4:
Jadual menunjukkan skor bagi sekumpulan murid dalam suatu permainan bola keranjang.

Skor
1
2
3
4
5
Bilangan murid
4
11
5
3
2

Hitung peratusan bilangan murid yang mendapat skor lebih daripada skor mod.

Penyelesaian:

Skor mod = 2
Bilangan murid yang mendapat skor lebih daripada 2
= 5 + 3 + 2
= 10

Jumlah murid
= 4 + 11 + 5 + 3 + 2
= 25

Peratusan bilangan murid yang mendapat skor lebih daripada skor mod

= 10 25 ×100% =40%


Soalan 5:
Min umur Alex, Michelle dan tiga orang anak mereka ialah 34 tahun. Min umur bagi tiga orang anak mereka ialah 20 tahun.
Hitung min umur Alex dan Michelle.

Penyelesaian:
Jumlah umur = 34 × 5 = 170 tahun
Jumlah umur tiga anak mereka
= 20 × 3
= 60 tahun

Jumlah umur Alex dan Michelle
= 170 – 60
= 110 tahun

Min umur Alex dan Michelle

= 110 2 =55 tahun  
 

Soalan 6:
Rajah di bawah ialah carta pai yang menunjukkan bilangan buah manggis yang dimakan oleh 4 orang murid.

Hitung
(a) min bilangan buah manggis yang dimakan oleh seorang murid,
(b) sudut sektor yang mewakili Kenny.

Penyelesaian
:
(a)
Min = 10+20+18+12 4 = 60 4 =15

(b)
Sudut sektor yang mewakili Kenny = 18 60 × 360 o = 108 o

Leave a Comment