Mahir Diri 4.4 (Soalan 1 – 3) – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 4 (Nisbah, Kadar dan Kadaran)


Soalan 1:
Pasukan pengakap mengadakan kem tahunan. Setiap 12 orang di bawah penyeliaan seorang guru pengiring. Jika 90 orang pengakap menyertai kem tahunan itu, berapakah bilangan minimum guru pengiring yang terlibat?

Penyelesaian:
$$ \text { Katakan } x=\text { bilangan guru pengiring } $$
$$ \begin{aligned} &\text { Pengakap : Guru pengiring }\\ &\begin{aligned} 12 & : 1 \\ 90 & : x \\ \frac{12}{90} & =\frac{1}{x} \\ 12 \times x & =1 \times 90 \\ x & =\frac{1 \times 90}{12} \\ x & =7.5 \\ x & \approx 8 \text { orang guru pengiring } \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 2:
Akmal, Bakri dan Cadin berkongsi membiayai kos perubatan ibu mereka sejumlah RM4200. Cadin membayar RM2100 manakala kos pembiayaan Akmal ialah tiga per empat daripada kos pembiayaan Bakri. Cari nisbah pembiayaan Akmal kepada Bakri kepada Cadin.

Penyelesaian:
$$ \text { Katakan } b=\text { kos perubatan dikongsi oleh Bakri } $$
$$ \begin{aligned} &\text { Akmal : Bakri : Cadin }\\ &\frac{3}{4} b: b: 2100 \end{aligned} $$
Jumlah kos perubatan dikongsi oleh Akmal  +  Bakri +  Cadin =  RM4200


$$ \begin{aligned} \frac{3}{4} b+b+2100 & =4200 \\ \frac{3}{4} b+b & =4200-2100 \\ \frac{7}{4} b & =2100 \\ \frac{7}{4} b \times \frac{4}{7} & =2100 \times \frac{4}{7} \\ b & =2100 \times \frac{4}{7} \\ b & =\text { RM1200 } \end{aligned} $$





Soalan 3:
Iadual di sebelah menunjukkan harga bagi empat jenis ikan. Siti ingin membeli dua ienis ikan berjisim 1 kg bagi setiap ienis dengan jumlah harga kurang daripada RM20. Apakah kombinasi dua ienis ikan yang boleh dibeli oleh Siti? Tunjukkan pengiraan anda.



Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} \text { Ikan Bawal } & =\frac{\text { RM1.50 }}{100 \mathrm{~g}} \\ & =\frac{\text { RM } 1.50 \times 10}{100 \mathrm{~g} \times 10} \\ & =\frac{\text { RM } 15.00}{1 \mathrm{~kg}} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Ikan Cencaru } & =\frac{\text { RM3.20 }}{500 \mathrm{~g}} \\ & =\frac{\text { RM 3.20 } \times 2}{500 \mathrm{~g} \times 2} \\ & =\frac{\text { RM 6.40 }}{1 \mathrm{~kg}} \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} \text { Ikan Selar } & =\frac{\text { RM2.70 }}{300 \mathrm{~g}} \\ & =\frac{\text { RM } 2.70 \div 3}{300 \mathrm{~g} \div 3} \\ & =\frac{\text { RM } 0.90 \times 10}{100 \mathrm{~g} \times 10} \\ & =\frac{\text { RM } 9.00}{1 \mathrm{~kg}} \end{aligned} $$

$$ \begin{aligned} \text { Ikan Kembung } & =\frac{\text { RM5.40 }}{400 \mathrm{~g}} \\ & =\frac{\text { RM5.40 } \div 4}{400 \mathrm{~g} \div 4} \\ & =\frac{\text { RM1.35 } \times 10}{100 \mathrm{~g} \times 10} \\ & =\frac{\text { RM } 13.50}{1 \mathrm{~kg}} \end{aligned} $$


Jika Siti ingin membeli dua jenis ikan berjisim 1 kg bagi setiap ienis dengan jumlah harga kurang daripada RM20, maka dia ada dua pilihan:

Pilihan pertama:
1 kg cencaru (RM6.40) + 1kg selar (RM9.00) = RM15.40

Pilihan kedua:
1 kg cencaru (RM6.40) + 1kg kembung (RM13.50) = RM19.90

Leave a Comment