Uji Minda 3.1a – Buku Teks Matematik Tingkatan 3 Bab 3 (Simpanan & Pelaburan, Kredit & Hutang)


Soalan 1:
1. Apakah tujuan seseorang individu melakukan simpanan?

2. Bapa anda mempunyai RM5 000 dan tidak menggunakannya untuk satu jangka masa panjang.
Apakah nasihat anda kepada beliau? Jelaskan jawapan anda.

3. Mengapakah kebanyakan orang tidak berminat untuk membuka akaun semasa selain para peniaga?

Penyelesaian:
(1)
Tujuan seseorang individu melakukan simpanan adalah:
– Untuk masa depan.
– Sebagai pendapatan tambahan jika wang disimpan dalam bank sebab faedah akan ditawarkan.
– Untuk kegunaan pada masa kecemasan contohnya jika berlaku bencana alam.

(2)
– Nasihat saya adalah membuka Akaun Simpanan Tetap dan melaburkan RM 5000 ke dalamnya.
– Hal ini kerana wang tersebut tidak akan digunakan untuk suatu janga masa.
– Kadar faedah yang tinggi juga ditawarkan.

(3)
– Pemegang akaun semasa boleh melakukan pembayaran kepada pihak lain melalui cek. Cek lazimnya digunakan oleh para peniaga untuk urusan perniagaan dalam amaun besar manakala orang biasa hanya melakukan bayaran harian dalam amaun yang kecil.

Leave a Comment