Soalan 4:
Tulis rumus algebra berdasarkan situasi berikut.
(a) Jumlah harga, RMz yang perlu dibayar oleh seorang pembeli yang membeli x buah buku kerja dan y kotak set geometri. Setiap buku kerja dan set geometri masing-masing berharga RM5.90 dan RM3.60.
(b) Dalam suatu jamuan kelas, seorang guru membeli p karton minuman tin untuk diagihkan kepada q orang murid. Daripada sejumlah minuman tin tersebut, tujuh tin dikeluarkan untuk dibahagi kepada guru mata pelajaran. Jika satu karton mengandungi 24 tin minuman, hitung bilangan tin minuman yang diterima oleh setiap murid, b dalam sebutan p dan q.
(c) Kasut A dijual dengan harga RM35 sepasang, manakala kasut B berharga RM76 sepasang. Kedai Kasut Cantik menawarkan diskaun sebanyak 15% untuk pembelian dua pasang kasut. Kasut A dan kasut B boleh dicampur bilangannya. Mei Ling membeli m pasang kasut A dan n pasang kasut B. Hitung harga yang perlu dibayar, P dalam sebutan m dan n.
(d) Sebuah kereta mampu bergerak sejauh 10 km dengan isian petrol sebanyak 1 liter. Ungkapkan kos petrol, RMx yang perlu diisi untuk perjalanan sejauh s km jika satu liter petrol berharga RMt.
Penyelesaian:
(a)
Harga bagi x buah buku kerja = 5.9x
Harga bagi y buah set geometri = 3.6y
Maka, z = 5.9x + 3.6y
(b)
Seorang guru membeli p karton minuman tin untuk diagihkan kepada q orang murid.
Satu karton mengandungi 24 tin.
Maka, bilangan tin minuman dibeli = 24p
7 tin dikeluarkan untuk dibahagi kepada guru mata pelajaran.
Tin minuman yang ditinggalkan untuk murid-murid = (24p – 7)
$$ \begin{aligned} &\text { Maka, bilangan tin minuman yang diterima oleh setiap murid, }\\ &b=\frac{24 p-7}{q} \end{aligned} $$
(c)
Harga untuk m pasang kasut A = 35m
Harga untuk n pasang kasut B = 76n
$$ \begin{aligned} &\begin{aligned} \text { Harga diskaun } & =100 \%-15 \% \\ & =85 \% \\ & =0.85 \text { daripada harga asal } \end{aligned}\\ &\text { Maka, harga yang perlu dibayar, } p=0.85(35 m+76 n) \end{aligned} $$
(d)
Sebuah kereta dengan 1 liter petrol mampu bergerak 10 km.
Kos untuk 1 liter petrol ialah RM t
Kos petrol untuk bergerak sejauh 10 km = RM t
$$ \text { Kos petrol untuk bergerak sejauh } s \mathrm{~km}=\frac{s}{10} \times t=0.1 s t $$
$$ \text { Maka, } x=\mathrm{RM} 0.1 \text { st } $$