Buku Teks Matematik Tingkatan 1 (KSSM) – Latih Diri 1.2e (Nombor Nisbah)


Soalan 1:
Sebuah kedai mendapat keuntungan RM16 800 pada tahun pertama dan mengalami kerugian RM6 500 setiap tahun bagi dua tahun berturut-turut. Pada tahun keempat, kerugian yang dialami oleh kedai itu adalah dua kali kerugian yang dialami pada tahun kedua. Berapakah keuntungan atau kerugian kedai itu dalam tempoh empat tahun?

Penyelesaian:
Keuntungan RM16 800 pada tahun pertama = +RM 16 800

Kerugian RM 6 500 setiap tahun bagi dua tahun berturut-turut (Tahun kedua dan tahun ketiga)
= – RM 6 500 × 2
= – RM 13 000

Pada tahun keempat, kerugian yang dialami oleh kedai itu adalah dua kali kerugian yang dialami pada tahun kedua
= – RM 6 500 × 2
= – RM 13 000
$$ \begin{aligned} \text { Keuntungan atau kerugian } & =+ \text { RM16 } 800-\text { RM13 } 000-\text { RM13 } 000 \\ & =- \text { RM9 } 200 \Rightarrow \text { Kerugian RM } 9200 \end{aligned} $$


Soalan 2:
Suhu di Kuching dari pukul 7:00 p.m. hari pertama hingga 5:00 a.m. hari kedua telah menurun sebanyak 4°C. Suhunya kemudian meningkat sebanyak 8°C pada pukul 11:00 a.m. dan terus meningkat sebanyak 2°C tiga jam kemudian. Jika suhu di Kuching pada pukul 11:00 a.m. ialah 30°C, hitung suhunya pada
(a) pukul 7:00 p.m. hari pertama
(b) pukul 2:00 p.m. hari kedua

Penyelesaian:

(a)
$$ \begin{aligned} &\text { Penolakan integer diwakili pergerakan ke kiri. }\\ &\begin{aligned} 30^{\circ} \mathrm{C}-\left(+8^{\circ} \mathrm{C}\right)-\left(-4^{\circ} \mathrm{C}\right) & =30^{\circ} \mathrm{C}-8^{\circ} \mathrm{C}+4^{\circ} \mathrm{C} \\ & =26^{\circ} \mathrm{C} \end{aligned} \end{aligned} $$

(b)
$$ \begin{aligned} &\text { Penambahan integer positif diwakili pergerakan ke kanan }\\ &\begin{aligned} 30^{\circ} \mathrm{C}+\left(+2^{\circ} \mathrm{C}\right) & =30^{\circ} \mathrm{C}+2^{\circ} \mathrm{C} \\ & =32^{\circ} \mathrm{C} \end{aligned} \end{aligned} $$

Leave a Comment