Menjana Kecemerlangan 1 (Soalan 9 – 11) – Buku Teks Matematik Tingkatan 2 Bab 1 (Pola dan Jujukan)


Soalan 9:
Nina menyusun butang baju seperti di bawah.


(a) Nyatakan pola bagi bilangan butang baju.
(b) Nyatakan urutan bilangan butang baju.
(c) Lukiskan susunan butang baju untuk sebutan keempat.
(d) Hitung nilai T6.

Penyelesaian:
(a)

Pola: menambah nombor sebelumnya dengan 6.

(b)


(c)

(d)
$$ \begin{aligned} &\begin{aligned} & \mathrm{T}_1=6+6(0)=6 \\ & \mathrm{~T}_2=6+6(1)=12 \\ & \mathrm{~T}_3=6+6(2)=18 \end{aligned}\\ &\begin{aligned} \mathrm{T}_6 & =6+6(6-1) \\ & =6+6(5) \\ & =36 \text { butang } \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 10:
Encik Hamid ingin melakukan penanaman semula pokok kelapa sawit. Jarak bagi setiap pokok kelapa sawit ialah 9 m dan jarak tanaman tersebut berbentuk segi tiga sama sisi. Encik Hamid telah melakar satu peta tanamannya seperti rajah di bawah.


Jika Encik Hamid menanam 18 batang pokok kelapa sawit, berapakah luas tanah beliau?

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} &\text { Mengguna teorem Pythagoras, }\\ &\begin{aligned} t^2 & =9^2-4.5^2 \\ t & =\sqrt{9^2-4.5^2} \\ & =7.79423 \mathrm{~m} \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Luas sebuah segi tiga } & =\frac{1}{2} \times 9 \times 7.79423 \\ & =35.0740 \mathrm{~m}^2 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Luas } 24 \text { sebuah segi tiga, } 18 \text { batang pokok kelapa sawit }\\ &\begin{aligned} & =24 \times 35.0740 \\ & =841.78 \mathrm{~m}^2 \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 11:
Raiyan telah pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor kerana demam selesema yang berlanjutan melebihi tiga hari. Doktor telah memberikan tiga jenis ubat, iaitu ubat demam, antibiotik dan ubat selesema. Bantu Raiyan untuk membuat jadual pemakanan ubat jika dia bermula makan ubat pada pukul 8:30 pagi.



Penyelesaian:
Ubat demam = 2 biji 3 kali sehari
$$ \frac{24 \mathrm{jam}}{3}=8 \mathrm{jam} $$

Antibiotik = 1 biji 2 kali sehari
$$ \frac{24 \mathrm{jam}}{2}=12 \mathrm{jam} $$

Ubat selesema = 1 biji 1 kali sehari
$$ \begin{aligned} & \frac{24 \mathrm{jam}}{1}=24 \mathrm{jam} \\ & 8: 30 \text { pagi } \end{aligned} $$


Leave a Comment