Soalan 1:
(a) Jika +20 mewakili 20 m di atas aras laut, maka –20 m mewakili ( ).
(b) Jika +90 mewakili pergerakan 90 m ke arah utara, maka –90 mewakili ( ).
(c) Jika +800 mewakili RM800 dikredit ke dalam suatu akaun simpanan, maka RM800 didebit ke dalam akaun diwakili oleh ( ).
(d) Jika +1000 mewakili keuntungan sebanyak RM1000, maka kerugian sebanyak RM1000 diwakili oleh ( ).
Penyelesaian:
Nombor positif dan nombor negatif
Situasi yang terlibat ialah:
1. dua perubahan yang bertentangan seperti arah pergerakan ke kanan (+) atau ke kiri (-),
2. menaik (+) atau menurun (-),
3. nilai yang lebih (+) atau kurang daripada sifar (-),
4. nilai yang bertambah (+) atau berkurang (-).
(a) Jika +20 mewakili 20 m di atas aras laut, maka –20 m mewakili ( 20 m di bawah aras laut ).
(b) Jika +90 mewakili pergerakan 90 m ke arah utara, maka –90 mewakili (pergerakan 90 m ke arah selatan ).
Nota: Utara dan selatan adalah dalam arah yang bertentangan.
(c) Jika +800 mewakili RM800 dikredit ke dalam suatu akaun simpanan, maka RM800 didebit ke dalam akaun diwakili oleh ( -800 ).
Nota: Kredit ke dalam akaun simpanan ⇒ deposit wang
Debit ke dalam akaun simpanan ⇒ pengeluaran wang
(d) Jika +1000 mewakili keuntungan sebanyak RM1000, maka kerugian sebanyak RM1000 diwakili oleh ( -1000 ).
Nota: Keuntungan ⇒ pendapatan meningkat.
Kerugian ⇒ pendapatan menurun

Soalan 2:
Nyatakan nombor-nombor berikut dengan tanda ‘+’ atau ‘–’.
(a) Kurang 80 daripada sifar
(b) Lebih 76 daripada sifar
Penyelesaian:
Integer positif ialah integer yang lebih besar daripada sifar manakala integer negatif ialah integer yang kurang daripada sifar.
(a) Kurang 80 daripada sifar = -80
(b) Lebih 76 daripada sifar = +76

Soalan 3:
Senaraikan semua integer
(a) daripada –8 hingga 4.
(b) daripada –12 hingga –2.
Penyelesaian:
Integer ialah kumpulan nombor yang merupakan nombor bulat positif dan nombor bulat negatif termasuk sifar. Integer juga bukan nombor pecahan atau nombor perpuluhan.
(b) daripada –12 hingga –2
~ Semua nombor di sini adalah nombor negatif. Maka, –12 adalah paling kecil nilainya dan berada di sebelah paling kiri. –2 paling besar nilainya, ia berada di sebelah paling kanan.
Maka, nombor integer adalah berikut:
–12, –11, –10, –9, –8, –7, –6, –5, –4, –3, –2

(a) daripada –8 hingga 4
~ –8 ialah integer negatif. Maka, –8 adalah paling kecil nilainya, dan berada di sebelah paling kiri.
~ 4 ialah integer positif. Maka, 4 berada di sebelah paling kanan.
Maka, nombor integer adalah berikut:
–8, –7, –6, –5, –4, –3, –2, –1, 0, 1, 2, 3, 4
(b) daripada –12 hingga –2
~ Semua nombor di sini adalah nombor negatif. Maka, –12 adalah paling kecil nilainya dan berada di sebelah paling kiri. –2 paling besar nilainya, ia berada di sebelah paling kanan.
Maka, nombor integer adalah berikut:
–12, –11, –10, –9, –8, –7, –6, –5, –4, –3, –2
Soalan 4:
Tentukan sama ada setiap nombor yang berikut ialah integer atau bukan.
–14, 3.9, 12, –26, 85, 0, –2
Penyelesaian:
–14, 3.9, 12, –26, 85, 0, –2

Maka,
Nombor integer: –26, –14, –2, 0, 12, 85
Nombor bukan integer: 3.9

Soalan 5:
Banding dan susun suhu berikut mengikut tertib dengan bermula daripada suhu yang paling sejuk.
–3°C, 2°C, –4°C, 1°C, 4°C
Penyelesaian:

Semakin besar nombor integer negatif, semakin sejuk suhunya.
Semakin besar nombor integer positif, semakin panas suhunya.
Maka, susunan suhu mengikut tertib dengan bermula daripada suhu yang paling sejuk ialah:
– 4°C, –3°C, 1°C, 2°C, 4°C