Soalan 3:
Rajah di bawah menunjukkan suatu garis lurus JK dan garis lurus ST dilukis pada satah Cartesan. JK adalah selari dengan ST.
Cari
(a) persamaan bagi garis lurus ST,
(b) pintasan-x bagi garis lurus ST.
Penyelesaian:
(a)
JK adalah selari dengan ST, kecerunan JK = kecerunan ST.
Gantikan m = –2 dan S (5, 6) ke dalam y = mx+ c
6 = –2 (5) + c
c = 16
Oleh itu, persamaan ST : y = –2x + 16
(b)
Pada pintasan-x, y = 0
0 = –2x + 16
2x = 16
x = 8
Oleh itu, pintasan-x bagi ST = 8.
Soalan 4:
Dalam rajah di atas, PQRS ialah suatu segi empat selari. Cari
(a) kecerunan SR,
(b) persamaan QR,
(c) pintasan-x bagi QR.
Penyelesaian:
(a)
PQ adalah selari dengan SR, kecerunan PQ = kecerunan SR.