10.1.1 Kecerunan Garis Lurus


10.1.1 Kecerunan Garis Lurus

Kecerunan garis lurus ialah nisbah jarak mencancang kepada jarak mengufuk di antara dua titik pada garis itu. 

Kecerunan garis lurus, m = Jarak mencancang Jarak mengufuk

Contoh:

Cari kecerunan bagi garis lurus di atas.

Penyelesaian:
Kecerunan, m = Jarak mencancang Jarak mengufuk = 4 unit 6 unit = 2 3



10.1.2 Kecerunan Garis Lurus dalam Sistem Koordinat Cartesan

Mengira Kecerunan Garis Lurus
Kecerunan, m, satu garis lurus yang melalui titik P (x1, y1) dan Q (x2, y2) ialah,
m P Q = y 2 y 1 x 2 x 1



Contoh 1:

 Hitung kecerunan garis lurus yang melalui titik P dan Q dalam rajah di atas.

Penyelesaian:
P= (x1, y1) = (4, 3), Q = (x2, y2) = (10, 5)
Kecerunan garis lurus PQ
= y 2 y 1 x 2 x 1 = 5 3 10 4 = 2 6 = 1 3



Contoh 2:
Hitung kecerunan garis lurus yang melalui titik A (7, –3) dan titik B (–3, 6).

Penyelesaian:
A= (x1, y1) = (7, –3), B = (x2, y2) = (–3, 6)

Kecerunan garis lurus AB
= y 2 y 1 x 2 x 1 = 6 ( 3 ) 3 7 = 9 10


Leave a Comment