11.2.1 Gambar Rajah Venn, Set Semesta, Pelengkap bagi suatu Set dan Subset (I)


Set Semesta
1.  Set semesta ialah set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan.
2. Set semesta diwakilkan dengan menggunakan symbol, ξ.
3. Semua set adalah subset kepada set semesta.


(A)  Mewakili set dengan gambar rajah Venn
1.  Sesuatu set boleh diwakilkan dengan gambar rajah Venn oleh bentuk geometri yang tertutup seperti bulatan, segi empat tepat, segi tiga, dan lain-lain.

2.   Satu titik di sebelah kiri bagi satu objek dalam gambar rajah Venn menunjukkan objek itu ialah satu unsur bagi set.

3.  Apabila gambar rajah Venn mewakili bilangan unsur dalam suatu set, tidak ada titik diletakkan di sebelah kiri nombor itu.

Contoh 1:
(a)  Lukis sebuah gambar rajah Venn untuk mewakili setiap set yang berikut.
(b)  Nyatakan bilangan unsur bagi setiap set yang berikut.
= {2, 3, 5, 7}
= {k, m, r, t, y}

Penyelesaian:
(a)


(b)
n(A) = 4
n(B) = 5

Contoh 2:
Diberi set semesta, ξ = {nombor bulat kurang daripada 9}, A = {nombor perdana} dan
B = {gandaan bagi 4}.
(a)  Senaraikan semua unsur bagi set A dan set B.
(b)  Lukiskan gambar rajah Venn untuk mewakilkan hubungan antara set-set yang berikut.
(i)  ξ dan A
(ii) ξ, A dan B
 
Penyelesaian:
(a)  ξ = {0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8}
= {2, 3, 5, 7}
= {4, 8}


(b)(i)


(b)(ii)




Leave a Comment