9.2.2 Persamaan Garis Selari


(B) Persamaan Garis Selari
Langkah-langkah berikut diambil untuk mencari persamaan garis lurus yang melalui satu titik dan selari dengan garis lurus yang lain:

Langkah 1
:
Menyusun persamaan garis lurus dalam bentuk y = mx + c.

Langkah 2: Cari kecerunan garis lurus daripada persamaan garis lurus yang selari dengannya.

Langkah 3: Gantikan nilai kecerunan, m, koordinat-x dan koordinat-y bagi titik yang diberi ke dalam persamaan y = mx + c untuk mencari nilai pintasan-y, c.

Langkah 4: Tulis persamaan garis lurus dalam bentuk y = mx + c.


Contoh 2:
Cari persamaan bagi garis lurus yang melalui titik (–8, 2) dan selari dengan garis lurus
4y + 3x = 12.

Penyelesaian:
4 y + 3 x = 12 4 y = 3 x + 12 y = 3 4 x + 3 m = 3 4

Pada (8,2),  gantikan m= 3 4 , x=8y=2 ke dalam: y=mx+c 2= 3 4 ( 8 )+c c=26 c=4  Persamaan garis lurus ialah y= 3 4 x4.



9.2.3 Garis Selari (Contoh Soalan)

Soalan 1:


Dalam rajah di atas, garis lurus MN dan PQ adalah selari. Cari nilai q.

Penyelesaian:
Garis lurus yang selari mempunyai kecerunan yang sama.
m= m2
mMN = mPQ

Guna formula kecerunan y 2 y 1 x 2 x 1 9 4 5 ( 1 ) = q ( 5 ) 5 ( 7 ) 5 6 = q + 5 12
60 = 6q + 30
6q = 30
= 5

Leave a Comment