2.1.1 Angka Bererti (Bahagian 1)


2.1 Angka Bererti

Angka Bererti (Bahagian 1)
1.   Angka bererti merujuk kepada digit-digit yang relevan dalam sesuatu integer atau perpuluhan yang dihampirkan kepada sesuatu nilai mengikut tahap kejituan yang tertentu.
2.   Semasa membundarkan suatu nombor positif kepada bilangan angka bererti, peranan sifar ditunjukkan seperti berikut.

(a) Semua digit bukan sifar dalam suatu nombor adalah angka bererti.
Contoh:

(i) 568 (3 angka bererti)
(ii) 36.97 (4 angka bererti)
 
(b)  Sifar yang terletak di antara digit-digit bukan sifar adalah angka bererti.
Contoh:
(i) 7001 (4 angka bererti)
(ii) 3.04 (3 angka bererti)
(iii) 22.054 (5 angka bererti)


(c) 
Sifar yang terletak di sebelah kanan digit bukan sifar dalam suatu berpuluhan adalah angka bererti.
Contoh:
(i) 0.70 (2 angka bererti)
(ii) 4.500 (4 angka bererti)
(iii) 3.00 (3 angka bererti)
 
(d)  Sifar yang terletak di sebelah kiri digit bukan sifar dalam suatu berpuluhan kurang daripada 1 adalah bukan angka bererti.
Contoh:
(i) 0.05 (1 angka bererti)
(ii) 0.0040 (2 angka bererti)
(iii) 0.07040 (4 angka bererti)

(e) 
Sifar di hujung suatu nombor bulat dianggap sebagai bukan angka bererti kecuali dinyatakan.
Contoh:
(i) 40 (1 angka bererti)
(ii) 3670 (3 angka bererti)
(iii)  704200 (4 angka bererti)

Contoh 1:
Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada tiga angka bererti.
(a)  246= 246 (3 angka bererti)
(b)  2463 = 2460 (3 angka bererti)
(c)  24632 = 24600 (3 angka bererti)
(d)  0.00745= 0.00745 (3 angka bererti)
(e)  0.007453 = 0.00745 (3 angka bererti)
(f)   0.007455 = 0.00746 (3 angka bererti)
(g)  0.007403 = 0.00740 (3 angka bererti)


Contoh 2:
Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada bilangan angka bererti yang ditunjukkan dalam kurungan, [ ].
(a) 3548 (2 angka bererti)
(b) 0.5089 (3 angka bererti)
(c) 33.028 (1 angka bererti)
(d) 0.40055 (3 angka bererti)
(e) 0.681 (2 angka bererti)
(f) 38.97 (3 angka bererti)

Penyelesaian:
(a) 3500 (2 angka bererti)
(b) 0.509 (3 angka bererti)
(c) 30 (1 angka bererti)
(d) 0.401 (3 angka bererti)
(e) 0.68 (2 angka bererti)
(f) 39.0 (3 angka bererti)

Leave a Comment