13.4.2 Kebarangkalian Mudah, Praktis Berformat PT3


Soalan 5:
Sebuah kotak mengandungi 36 pemadam hijau dan beberapa ketul pemadam merah. Jika seketul pemadam dipilih secara rawak daripada kotak itu, kebarangkalian seketul pemadam berwarna merah dipilih ialah 5 8 . Cari bilangan pemadam merah.

Penyelesaian:
Kebarangkalian memilih pemadam hijau = 1 5 8 = 3 8
Jumlah pemadam dalam kotak = 36 × 8 3 = 96
Oleh itu, bilangan pemadam merah dalam kotak = 96 – 36 = 60 


Soalan 6:
Sebuah kotak mengandungi guli biru dan guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak daripada kotak itu. Kebarangkalian memilih sebiji guli biru ialah 6 11 . Jika terdapat 30 biji guli hijau dalam kotak, berapa biji guli biru dalam kotak itu.

Penyelesaian:
Kebarangkalian memilih sebiji guli hijau = 1 6 11 = 5 11
Jumlah guli dalam kotak = 30 × 11 5 = 66
Oleh itu, bilangan guli biru dalam kotak = 66 – 30 = 36 


Soalan 7:
Jadual di bawah menunjukkan taburan sekumpulan 90 orang murid yang mengambil bahagian dalam satu program latihan sepakan penalty.

Tingkatan 4
Tingkatan 5
Perempuan
33
15
Lelaki
18
24
Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu untuk memulakan sepakan.
Apakah kebarangkalian seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima akan dipilih?

Penyelesaian:
P (seorang murid lelaki Tingkatan 5)
= 24 90 = 4 15


Soalan 8:
Rajah di bawah menunjukkan beberapa keeping kad  nombor.
Sekeping kad dipilih secara rawak. Nyatakan kebarangkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor perdana.

Penyelesaian:
Nombor perdana = {11, 19, 37}
P (suatu nombor perdana)
= 3 6 = 1 2

Leave a Comment