12.1b Sukatan Kecenderungan Memusat 2


12.1 Sukatan Kecenderungan Memusat
12.1.2 Mod, Median dan Min

1. Mod bagi suatu set data ialah nilai atau item yang paling kerap berulang.
Misalnya:
3, 7, 6, 9, 7, 1, 5, 7, 2
Mod = 7

2. Apabila satu set data ditunjukkan dalam jadual kekerapan, mod ialah nilai dengan kekerapan tertinggi.


3. Median ialah nilai tengah bagi suatu set data yang disusun mengikut tertib.
(a) Jika bilangan data adalah ganjil, median ialah nilai yang berada di tengah-tengah data.
(b) Jika bilangan data adalah genap, median ialah min bagi dua nilai data yang terletak di tengah-tengah data

Contoh 1:
Cari median bagi setiap set data yang berikut:
(a) 10, 9, 11, 6, 5, 8, 7
(b)   10, 9, 11, 6, 5, 8, 7,12
 
Penyelesaian:
(a) Bilangan data = 7 ← (Bilangan data ganjil)
Susun semula data mengikut tertib menaik:
5, 6, 7, 8, 9, 10, 11
Oleh itu, median = 8

(b)   Bilangan data = 8 ← (Bilangan data genap)
Susun semula data mengikut tertib menaik:
5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12

Median= 8+9 2    =8.5

4.   Jadual kekerapan ialah suatu ringkasan set data yang disusun mengikut tertib. Nilai yang berada di tengah-tengah data ialah median.


5.   Min ialah nilai purata yang diperoleh apabila jumlah nilai data dibahagi dengan bilangan data.

Min =  Jumlah nilai data Bilangan data

Contoh 2:
Cari min bagi setiap set data yang berikut:
-5, -2, -1, 7, 4, 9

Penyelesaian:
  Min= ( 5 )+( 2 )+( 1 )+7+4+9 6  = 12 6  =2  


6.   Apabila nilai data diberi dalam suatu jadual kekerapan, rumus berikut digunakan.
 
  Min =  Jumlah ( nilai data × kekerapan data ) Jumlah kekerapan

  Contoh 3:
Jadual berikut menunjukkan skor yang diperoleh sekumpulan pemain dalam suatu permainan.

Skor
1
2
3
4
5
Kekerapan
5
12
8
15
10
Cari min skor.
 
   Penyelesaian:
Min =  Jumlah ( skor × kekerapan ) Jumlah kekerapan = ( 1×5 )+( 2×12 )+( 3×8 )+( 4×15 )+( 5×10 ) 5+12+8+15+10 = 163 50 =3.26

Leave a Comment