11.1 Transformasi Isometri
11.1.1 Transformasi Isometri
2. Ia melibatkan padanan satu kepada satu antara titik pada satah.
3. Apabila suatu objek mengalami suatu penjelmaan, hasilnya dikenali sebagai imej bagi objek itu.
11.1.2 Translasi
1. Translasi ialah satu penjelmaan dengan keadaan semua titik pada suatu satah digerakkan di sepanjang satu garis lurus dalam arah yang sama.
2. Di bawah suatu translasi, bentuk, saiz dan orientasi objek dan imejnya adalah sama.
3. Translasi boleh dihuraikan melalui dua cara:
(a) Dengan menyatakan arah dan jarak pergerakan.
(b) Dengan menyatakan translasi dalam bentuk dengan keadaan
(i) a mewakili pergerakan ke kanan atau ke kiri selari dengan paksi-x.
(ii) b mewakili pergerakan ke atas atau ke bawah selari dengan paksi-y.

Contoh 1:
Tulis koordinat bagi imej A (–2, 4) di bawah translasi
dan B (1, –2) di bawah translasi
.Penyelesaian:
A’ = [–2 + 4, 4 + (–3)] = (2, 1)
B’ = [1 + (–5), –2 + 3] = (–4, 1)
Contoh 2:
Titik K digerakkan ke titik K’ (3, 8) di bawah translasi
Apakah koordinat titik K?
Penyelesaian:
Koordinat K = [3 – (– 4), 8 – 3]
= (7, 5)
Oleh itu koordinat bagi K ialah (7, 5).