11.1b Transformasi Isometri 2


11.1b Transformasi Isometri

11.1.3 Pantulan

1. Pantulan ialah suatu penjelmaan dengan keadaan semua titik pada objek dipantulkan pada suatu garis lurus yang dikenali sebagai paksi pantulan.

2. Sifat-sifat pantulan:
(a) Objek dan imej mempunyai bentuk dan saiz yang sama.
(b) Jarak serenjang bagi objek dan imej dari paksi pantulan adalah sama.
(c) Orientasi imej adalah songsangan sisi bagi objek.
(d) Semua titik pada paksi pantulan tidak berubah kedudukan mereka.

Misalnya:


11.1.4 Putaran

1. Putaran ialah satu proses penjelmaan dengan keadaan semua titik pada satu satah diputar pada suatu titik tetap, melalui sudut yang sama dan pada arah yang sama.

2. Arah putaran sama ada ikut arah jam atau lawan arah jam.

3. Titik tetap dikenali sebagai pusat putaran manakala sudut dikenali sebagai sudut putaran.

4. Dalam suatu putaran, bentuk, saiz dan orientasi objek dan imejnya adalah sama.

5. Pusat putaran ialah titik tunggal yang tidak berubah kedudukan.

Contoh 3
:
Titik A (3, –2) diputar 90o ikut arah jam ke A’ dan 180o lawan arah jam ke A1 masing-masing pada asalan.
Nyatakan imej bagi koordinat titik A.

Penyelesaian:

Imej bagi A’ = (–2, 3)
Imej bagi A= (–3, 2) 


11.1.5 Isometri

1. Isometri ialah suatu penjelmaan atau gabungan penjelmaan yang mengekalkan bentuk dan saiz objek.

2. Translasi, pantulan dan putaran ialah contoh isometri.


11.1.6 Kekongruenan

1. Rajah yang kongruen adalah betul-betul sama dalam bentuk dan saiz antara satu sama lain, tanpa mengambil kira orientasi rajah.

2. Objek dan imej dalam mana-mana isometri adalah kongruen. Maka, rajah kongruen adalah rajah isometri.

Leave a Comment