7.1.1 Koordinat 1


7.1 Koordinat

7.1.1 Koordinat
1. Sistem Cartes digunakan untuk menentukan kedudukan suatu titik pada satah Cartes.
 Suatu satah Cartes terdiri daripada dua garis nombor yang bersilang pada sudut tegak.


2. Titik persilangan antara paksi-x dan paksi-y dinamakan asalan.

3. Kedudukan suatu titik pada satah Cartes diwakili dengan pasangan nombor bertertib (x, y) yang dinamakan koordinat titik.

 
Contoh:

 
Koordinat bagi titik A dan titik B adalah masing-masing (3, 4) dan (–5, –2).
Ini bermakna titik A terletak 3 unit dari paksi-y dan 4 unit dari paksi-x, manakala titik B terletak 5 unit pada sebelah kiri dari paksi-y dan 2 unit dari paksi-x

4. Koordinat asalan O ialah (0, 0). 


7.1.2 Skala pada Paksi Koordinat
1. Skala bagi paksi koordinat ditulis dalam bentuk nisbah.

Misalnya:
Skala 1 : 2 bermakna satu unit pada kertas graf mewakili dua unit jarak sebenar.

2. 
Kedua-dua paksi koordinat pada satah Cartes mungkin mempunyai
(a) skala yang sama, atau
(b) skala yang berlainan.

Contoh
:
 
1 unit pada paksi-x mewakili 2 unit.
1 unit pada paksi-y mewakili 1 unit.
Maka skala bagi paksi-x ialah 1 : 2 dan skala bagi paksi-y ialah 1 : 1.
Koordinat bagi:
(4, 3) dan Q (10, 5).

1 thought on “7.1.1 Koordinat 1”

Leave a Comment