11.2.2 Gambar Rajah Venn, Set Semesta, Pelengkap bagi suatu Set dan Subset (II)


(B) Subset
1. Set A ialah subset bagi set B jika semua unsur dalam set terdapat dalam set B.

2. Hubungan ‘set A ialah subset bagi set B’ ditulis sebagai A⊂B.

Contoh:
= {11, 12, 13} dan B = {10, 11, 12, 13, 14}
Semua unsur set terdapat dalam set B.
Oleh itu A⊂B.

3. A⊂B boleh digambarkan dengan menggunakan gambar rajah Venn berikut:


4.   Simbol ⊄ diguna untuk menandakan ‘bukan subset kepada’.

5.   Set kosong adalah subset bagi semua set.
Misalnya, ϕ⊂A

6.   Set itu sendiri adalah subset.
Misalnya, B⊂B

7.   Bilangan unsur, n bagi suatu subset adalah 2n.
Misalnya, jika A = {3, 7}
Maka n = 2, bilangan subset bagi set A = 22 = 4
Semua subset bagi set A ialah { }, {3}, {7} and {3, 7}.



(C) Set Pelengkap

1. Set pelengkap bagi set B dalam set semesta, ξ ialah satu set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta yang bukan unsur B.

2.   Set pelengkap bagi set B diwakilkan dengan menggunakan symbol B’.
Contoh:
Jika ξ = {17, 18, 19, 20, 21, 22, 23} dan
= {17, 20, 21}
B’ = {18, 19, 22, 23}

3.   Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan hubungan antara B, B’ dan set semesta, ξ.
 

Set pelengkap bagi set B diwakilkan oleh rantau berlorek dalam set semesta, ξ, tetapi di luar set B.

Leave a Comment