11.1 Definisi Set


11.1 Definisi Set
1.  Set ialah himpunan benda-benda dengan ciri-ciri tertentu.

2.  Benda-benda dalam suatu set dikenali sebagai unsur.

3.  Set biasanya dilabelkan dengan menggunakan huruf adjad besar dan tatatanda digunakan untuk set ialah tanda kurung, {   }.

Misalnya:
= {1, 3, 5, 7, 9}

4. Dalam tatatanda set, simbol ϵ menunjukkan unsur bagi set.

5. Simbol ∉ menunjukkan bukan unsur bagi set.


Contoh 1:
Diberi bahawa P = {factor-faktor bagi 15} dan = {kuasa dua sempurna positif yang kurang daripada 28}. Dengan menggunakan simbol ∈ atau ∉, lengkapkan setiap yang berikut:
(a)   5 ___  P   (b) 20 ___ P    (c) 25 ___ Q    (d)8 ___ Q

Penyelesaian:
= {1, 3, 5, 15}, Q = {1, 4, 9, 16, 25}

(a) 5 P 5 ialah unsur set P (b) 20 P 20 bukan unsur set P (c) 2 5 Q 2 5 ialah unsur set Q (d) 8 Q 8 bukan unsur set Q



(A)   Menentukan sama ada sesuatu set adalah set kosong atau tidak

6.  Set kosong ialah set yang tidak mengandungi sebarang unsur.

7.  Set kosong diwakilkan dengan menggunakan simbol ϕ atau kurungan kosong, {  }.
Misalnya, jika set A ialah suatu set kosong, maka A = {  } atau A= ϕ dan n (A) = 0.

8.  Jika B = {0} atau {ϕ} tidak bermaksud B ialah suatu set kosong. B= {0} bermaksud terdapat unsur ‘0’ dalam set B. Manakala B = {ϕ} bermaksud terdapat unsur ‘ϕ’ dalam set B.
 

Leave a Comment