Buku Teks Matematik Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6 – Latih Diri 6.3c


Soalan 1:
Pada Hari Keusahawanan di sebuah sekolah, 800 naskhah kupon telah dijual. Harga senaskhah kupon masing-masing ialah RM30 dan RM50. Jumlah wang yang diperoleh ialah RM30 000. Berapa naskhah kupon RM30 dan RM50 yang masing-masing telah dijual?

Penyelesaian:
Diberi bahawa 800 naskhah kupon telah dijual.
Katakan x = kupon RM30
y = kupon RM50
x + y = 800 ……(1)

Diberi jumlah wang yang diperoleh ialah RM30 000
30x + 50y = 30 000
(÷10),  3x + 5y = 3 000 ……(2)
Dari (1),  x = 800 – y……(3)

Gantikan (3) ke dalam (2),
3(800 – y) + 5y = 3 000
2 400 – 3y + 5y = 3 000
   2y = 3 000 – 2 400
   2y = 600
 y = 300

Gantikan y = 300 ke dalam (3),
x = 800 – 300
   =500

Maka, sebanyak 500 naskhah kupon RM30 dan 300 naskhah kupon RM50 telah dijual.



Soalan 2:
Panjang sebuah kolam renang yang berbentuk segi empat tepat ialah p m dan lebarnya ialah q m. Diberi bahawa panjang kolam renang itu adalah dua kali lebarnya. Jika perimeter kolam renang itu ialah 150 m, cari nilai p dan nilai q.

Penyelesaian:



Diberi bahawa panjang kolam renang itu adalah dua kali lebarnya.
p = 2q ……(1)

Jika perimeter kolam renang itu ialah 150 m
2p + 2q = 150
(÷2),  p + q = 75……(2)

Gantikan (1) ke dalam (2),
2q + q = 75
3q = 75
q= 75 3
q = 25

Gantikan q = 25 ke dalam (1),
p = 2(25)
   =50

Maka, p = 50 m dan q = 25 m.

 


Leave a Comment