7.3.2 Buku Teks (Marilah Praktis)


Masteri Kendiri

Soalan 8:
Jisim sfera logam ialah 15 g sebiji dan jisim sebuah kotak ialah 200 g. Chan meletakkan n biji sfera logam ke dalam kotak itu. Jika jumlah jisim bagi kotak dan sfera logam itu lebih daripada 290 g,
(a) bentukkan satu ketaksamaan linear berdasarkan situasi tersebut.
(b) cari nilai terkecil bagi n.

Penyelesaian:
(a)
15n + 200 > 290

(b)
15n + 200 > 290
15n  > 290 – 200
15n  > 90
n > 6

Nilai terkecil bagi n = 7.


Soalan 9:
Umang ditawarkan kerja sebagai ejen jualan telefon bimbit oleh dua buah syarikat.
Syarikat Satria menawarkan upah dengan kadar tetap RM50 sehari dan tambahan komisen sebanyak 3% daripada hasil jualannya.
Syarikat Perdana menawarkan upah dengan kadar tetap RM35 sehari dan tambahan komisen sebanyak 5% daripada hasil jualannya.
Hitung hasil jualan minimum, kepada RM yang terdekat, yang perlu diperoleh Umang supaya Syarikat Perdana merupakan pilihan yang lebih baik.

Penyelesaian:
(a)
Katakan hasil jualan = x

35+0.05x>50+0.03x 0.05x0.03x>5035 0.02x>15 x> 15 0.02 x>750 x=751

Maka hasil jualan minimum yang perlu diperoleh Umang supaya Syarikat Perdana merupakan pilihan yang lebih baik ialah RM751.

Leave a Comment