1.2 Operasi Asas Aritmetik Melibatkan Integer


1.2 Operasi Asas Aritmetik Melibatkan Integer

1.2.1 Pendaraban dan Pembahagian Integer

1. Hasil darab atau hasil bahagi dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer itu mempunyai tanda yang sama.  

   ( + )×( + )=+    ( )×( )=+       ( + )÷( + )=+    ( )÷( )=+


2.
Hasil darab atau hasil bahagi dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer itu mempunyai tanda yang berlainan.  


   ( + )×( )=    ( )×( + )=      ( + )÷( )=    ( )÷( + )=

Contoh:
  (a) –25 ÷ 5 = –5
  (b)   8 × (–5) = –40
 

3.
Hasil darab 3 integer.

  ( + )×( + )×( + )=( + )   ( + )×( + )×( )=( )   ( + )×( )×( )=( + )  


4.
Hasil bahagi 3 integer.

  ( + )÷( + )÷( + )=( + )   ( + )÷( + )÷( )=( )   ( + )÷( )÷( )=( + )  


5.
Hasil darab suatu integer dengan sifar sentiasa sifar.
Contoh:
–5 × 0 = 0


6. 
Apabila sifar dibahagi dengan suatu integer yang bukan sifar, hasil bahaginya ialah sifar. Suatu integer dibahagikan dengan sifar adalah tidak tertakrif.
Contoh:
  (a) 0 ÷ 9 = 0
  (b)   –6 ÷ 0 tidak tertakrif

2 thoughts on “1.2 Operasi Asas Aritmetik Melibatkan Integer”

Leave a Comment