1.6.3 Nombor Nisbah, Praktis Berformat PT3


Soalan 11:
Britney menyewa sebuah gerai untuk menjual kek. Sewa gerai itu ialah RM500 sebulan. Kos bagi membuat sebiji kek itu ialah RM5 dan dia menjual pada harga RM10 sekotak. Berapakah bilangan minimum kotak kek yang perlu dijual oleh Britney sebulan untuk mendapat keuntungan?

Penyelesaian:
Sewa gerai = RM500 sebulan
Kos bagi membuat sebiji kek bagi setiap kotak = RM5
Harga jual bagi setiap kotak = RM10
Keuntungan bagi setiap kotak
= RM10 – RM5
= RM5

Bilangan kotak kek perlu dijual sebulan untuk menampung kos
= RM500 ÷ RM5
= 100

Maka, bilangan minimum kotak kek yang perlu dijual oleh Britney sebulan untuk mendapat keuntungan = 101  



Leave a Comment