Matematik PT3 2016, Soalan 7


Soalan 7 (a):
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah prisma tegak.


(i) Di ruang jawapan, Rajah 7.2 ialah bentangan bagi prisma tegak tersebut.
Isikan dalam kotak dengan m dan n pada bentangan yang sepadan dengan Rajah 7.1.
Jawapan:


(ii) Tanda (\/) pada bentangan yang betul dan (x) pada bentangan yang salah bagi prisma tegak itu.
Jawapan:



Penyelesaian:
(i)


(ii)




Soalan 7 (b):
Rajah 7.3 menunjukkan sebuah papan skor mengandungi tiga bahagian dengan skor berbeza. Alex, Samad dan Mutu adalah peserta dan mereka dikehendaki membuat tiga lontaran dari jarak tetap 3 meter ke papan skor.


(i) Jadual 7 menunjukkan keputusan permainan yang tidak lengkap.
Lengkapkan Jadual 7.


(ii) Berdasarkan Jadual 7, cari koordinat (x, y) jika jaraknya dari asalan ialah 3 unit.

Penyelesaian:
(i)
Skor bagi Alex = 2 + 1 + 3 = 6
Skor bagi Samad = 2 + 3 + 2 = 7

(ii)
Titik (x, y) berada dalam kawasan 1 mata.
Titik (x, y) berjarak 3 unit dari asalan.
(x, y) = (–3, 0)




Soalan 7 (c):
Tammy tinggal di tingkat 13 di sebuah apartmen. Dia turun 15 tingkat ke tempat letak kereta di bawah tanah untuk mengambil hadiah yang tertinggal di dalam kereta. Kemudian dia naik semula ke rumah Sandy untuk menyambut majlis hari jadi.
Manakala Issac tinggal di tangkat 10. Kemudian, dia naik 6 tingkat untuk mengambil sepupunya dan turun ke rumah Sandy.
Jika bilangan tingkat bagi pergerakan Tammy dan bilangan tingkat bagi pergerakan Issac adalah sama, cari tingkat bagi rumah Sandy.

Penyelesaian:
Pergerakan Tammy = Pergerakan Issac
13 – 15 + x = 10 + 6 – x
–2 + x = 16 – x
x + x = 18
x = 9

Kedudukan rumah Sandy
= 13 – 15 + 9
= 7

Rumah Sandy di Tingkat 7. 



Leave a Comment