9.2.2 Persamaan Garis Selari


(B) Persamaan Garis Selari
Langkah-langkah berikut diambil untuk mencari persamaan garis lurus yang melalui satu titik dan selari dengan garis lurus yang lain:

Langkah 1
:
Menyusun persamaan garis lurus dalam bentuk y = mx + c.

Langkah 2: Cari kecerunan garis lurus daripada persamaan garis lurus yang selari dengannya.

Langkah 3: Gantikan nilai kecerunan, m, koordinat-x dan koordinat-y bagi titik yang diberi ke dalam persamaan y = mx + c untuk mencari nilai pintasan-y, c.

Langkah 4: Tulis persamaan garis lurus dalam bentuk y = mx + c.


Contoh 2:
Cari persamaan bagi garis lurus yang melalui titik (–8, 2) dan selari dengan garis lurus
4y + 3x = 12.

Penyelesaian:
4 y + 3 x = 12 4 y = − 3 x + 12 y = − 3 4 x + 3 ∴ m = − 3 4

Pada (−8,2),  gantikan m=− 3 4 , x=−8, y=2 ke dalam: y=mx+c 2=− 3 4 ( −8 )+c c=2−6 c=−4 ∴ Persamaan garis lurus ialah y=− 3 4 x−4.



9.2.3 Garis Selari (Contoh Soalan)

Soalan 1:


Dalam rajah di atas, garis lurus MN dan PQ adalah selari. Cari nilai q.

Penyelesaian:
Garis lurus yang selari mempunyai kecerunan yang sama.
m1 = m2
mMN = mPQ

Guna formula kecerunan y 2 − y 1 x 2 − x 1 9 − 4 5 − ( − 1 ) = q − ( − 5 ) 5 − ( − 7 ) 5 6 = q + 5 12
60 = 6q + 30
6q = 30
q = 5

Leave a Comment