14.2.3 Nisbah, Kadar dan Kadaran II, Praktis Berformat PT3


Soalan 10:
Rajah di bawah menunjukkan perjalanan sebuah treler dari sebuah kilang ke lokasi P dan dari lokasi P ke lokasi Q. Treler itu bertolak pada pukul 8.00 a.m.





(a) Berdasarkan Jadual, hitung jumlah jisim, dalam tan, bagi treler dan muatannya.
(b) Treler itu tiba di lokasi P pada pukul 10.00 a.m. dan berhenti 1½ jam untuk menurunkan separuh daripada pembentung konkrit itu. Kemudian treler itu meneruskan perjalanan ke lokasi Q dengan dua kali ganda kelajuan sebelumnya. Nyatakan waktu treler itu tiba di lokasi Q.

Penyelesaian:
(a)
Jisim pembentung konkrit pada treler =500 kg×8 =4000 kg = 4000 1000 =4 tan Jumlah jisim bagi treler dan muatannya =1.5+4.0 =5.5 tan

(b)
Laju= Jarak Masa Masa diambil dari perjalanannya dari Kilang ke Lokasi P =10.00 a.m.8.00 a.m. =2 jam Laju treler = 80 2 =40 km/j Berhenti 1 1 2  jam untuk menurun separuh daripada pembentung konkrit itu. Masa diambil untuk meneruskan perjalanan ke lokasi Q = Jarak Laju = 200 40×2 =2 1 2  jam Waktu treler tiba di Lokasi Q =Jam 1400 atau 2.00 p.m.




Soalan 11:
Rajah di bawah menunjukkan maklumat perjalanan Jason dan Mary dari Bandar A ke Bandar B. Jason memandu lori manakala Mary memandu kereta.

(a) Jason memulakan perjalanannya dari Bandar A pada pukul 7.00 a.m.
Nyatakan waktu, Jason tiba di Bandar B.
(b) Jika mereka tiba di Bandar B pada waktu yang sama, nyatakan waktu Mary memulakan perjalanannya dari Bandar A.

Penyelesaian:
(a)
Jumlah masa diambil dari Bandar A ke Bandar B
= 3 jam + 1 jam + 2 jam
= 6 jam

Waktu Jason tiba di Bandar B
= 0700 + 0600
= Jam 1300 → 1.00 p.m.

(b)
Laju= Jarak Masa Jumlah jarak dari Bandar A ke Bandar B =( 60×3 )+( 75×2 ) =180+150 =330 km Masa diambil oleh Mary = 330 100 =3.3 jam =3 jam 18 minit  0.3×60 =18 minit Waktu Mary memulakan perjalanannya dari Bandar A=9.42 a.m.





Soalan 12:
Rajah di bawah menunjukkan jarak di antara Bandar P ke bandar Q dan bandar Q ke Bandar R.

(a) Rahim berbasikal dari Bandar P pada pukul 9:00 a.m. dan mengambil masa 2 jam untuk tiba di bandar Q. Apakah halaju, dalam km/j, basikal itu?
(b) Rahim berehat selama 30 minit di Bandar Q dan meneruskan perjalanannya ke Bandar R  dengan tiga kali ganda kelajuan sebelumnya.
Nyatakan masa dia tiba di Bandar R.

Penyelesaian:
(a)
Halaju basikal itu dari Bandar P ke Bandar Q = Jarak Masa = 10 2 =5 km/j

(b)

Halaju= Jarak Masa Rahim berehat selama 30 minit di Bandar Q. Masa yang diambil apabila perjalanannya ke Bandar R  dengan tiga kali ganda kelajuan sebelumnya. = 25 5×3 = 5 3 =1 2 3  jam =1 jam 40 minit  2 3 ×60 =40 minit Jumlah masa yang diambil dari Bandar P ke Bandar Q  dan Bandar Q ke Bandar R =2 jam +30 minit+1 jam 40 minit =4 jam 10 minit Masa tiba di Bandar R pada 1.10 p.m.




Leave a Comment