4.2.2 Nisbah, Kadar dan Kadaran, Praktis Berformat PT3


Soalan 5:
Dalam satu kempen menjual Kemeja T untuk Hari Merdeka memperoleh sejumlah keuntungan,  RM x. Keuntungan tersebut dibahagikan antara Jamal dan Rafizi dalam nisbah 5 : 3. Jamal menerima RM 5400 lebih daripada yang diterima oleh Rafizi. Hitung nilai bagi x.

Penyelesaian:
Bahagian keuntungan bagi Jamal = ⅝
Bahagian keuntungan bagi Rafizi = ⅜
Diberi Jamal menerima RM 5400 lebih daripada yang diterima oleh Rafizi, 2 8 RM 5400 1 8 RM 5400÷2=RM2700 x=2700×8   =21600


Soalan 6:
Karim dan Roger berkongsi RM300 dalam nisbah 2 : 3. Karim memberi ⅓ daripada bahagiannya kepada Mandeep. Kemudian Mandeep menerima RM60 daripada Roger.
Cari nisbah wang Karim kepada wang Roger kepada wang Mandeep.

Penyelesaian
:

Wang diterima oleh Karim = 2 5 ×RM300 =RM120 Wang diterima oleh Roger = 3 5 ×RM300 =RM180 Wang Karim selepas memberi kepada Mandeep =RM120× 2 3 =RM80 Wang Roger selepas memberi kepada Mandeep =RM180RM60 =RM120 Wang Mandeep =RM40+RM60 =RM100 Nisbah=80:120:100    =4:6:5


Soalan 7:
Liza terima tiga jenis guli berwarna merah, hijau dan kuning dengan nisbah 2 : 5 : x. Diberi bahawa bilangan guli kuning adalah lebih daripada bilangan guli merah tetapi kurang daripada bilangan guli hijau.

Hitungkan bilangan guli kuning yang diterima oleh Liza sekiranya jumlah keseluruhan guli yang diterima ialah 120 biji.

Penyelesaian
:

merah : hijau :kuning = 2 : 5 : x
Diberi 2 < x < 5, jadi nilai yang mungkin bagi x ialah 3 untuk mendapatkan nombor bulat daripada jumlah 120 biji guli.
guli kuning jumlah guli = 3 2+5+3 guli kuning 120 = 3 10 guli kuning= 3 10 ×120 guli kuning=36

14 thoughts on “4.2.2 Nisbah, Kadar dan Kadaran, Praktis Berformat PT3”

    • 8 tu mewakili bahagian(nisbah). Contoh: ada 30 biji durian. kemudian kita bahagikan kepada 6 bahagian. maknanya, setiap bahagian ada 5 biji. Ambil 2 bahagian bagi pada Ali dan 4 bahagian pada Abu. sekarang nisbah Ali kepada abu ialah 2:4. Dalam erti kata lain, bahagian Ali ialah 2/6. Sama kes dengan untung Jamal dan Rafizi. Jumlah bahagian ialah 8 semuanya. Jamal dapat 5 daripada 8 bahagian tu. sebab tu boleh ditulis 5/8

  1. saya xfaham soalan 6 dan 7. soalan 6 knp 2/8 – rm5400, then 1/8 x rm5400 ? soalan no 7 wang yang karim bagi kpd mandeep tu knp rm120 x 2/3 ?

    • wang karim asalnya ada RM120. Kemudian dia beri pada Mandeep 1/3. Maknanya wang karim yang asalnya tadi ada 3/3 iaitu RM120.
      jadi 3/3 = RM120
      Bila dan beri pada mandeep 1/3, duit Karim tinggal 2/3
      so, untuk cari wang karim yang tinggal
      2/3 x RM120

  2. beza wang Jamal dan Rafizi ialah 2/8. kerana jamal dapat 5/8 Rafizi dapat 3/8. Jadi beza mereka 2/8. diberitahu bahawa jamal dapat RM5400 lebih dari Rafizi, jadi ini lah bezanya iaitu 2/8.
    Jadi 2/8 = RM5400 (nilai untuk 2 bahagian sebab 2/8)
    untuk tahu berapa nilai satu bahagian kita bahagi 2. RM5400 bahagi 2 =RM2700
    jadi, 1/8 = RM2700
    Soalan tanya nilai X, iaitu jumlah untung keseluruhan. iaitu 8 bahagian semua.
    Jadi RM2700(1 bahagian) x 8 = RM21600

    • Hi Enddy,
      Jamal menerima RM 5400 lebih daripada yang diterima oleh Rafizi, bukan Jamal terima RM5400.
      Jadi Jamal dapat 5/8 x RM21600 = RM13500, manakala Rafizi terima 3/8 x RM21600 = RM8100.
      Beza wang yang diterima oleh mereka = RM13500 – RM8100 = RM5400

Leave a Comment