Buku Teks Matematik Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6 – Mahir Diri 6.1 (Soalan 6 & 7)


Soalan 6:
Masa yang digunakan oleh Nadia untuk menjawab kuiz geografi adalah 30 minit lebih daripada masanya menjawab kuiz sejarah. Masa yang digunakannya untuk menjawab kuiz sejarah adalah separuh daripada masanya menjawab kuiz geografi.
Berapakah jumlah masa Nadia menjawab kedua-dua kuiz itu?


Penyelesaian:
Katakan g = Masa yang digunakan untuk menjawab kuiz geografi
Masa yang digunakan untuk menjawab kuiz sejarah = g – 30

Masa yang digunakannya untuk menjawab kuiz sejarah adalah separuh daripada masanya menjawab kuiz geografi
\(\begin{aligned} g-30 & =\frac{g}{2} \\ (g-30) \times 2 & =\frac{g}{2} \times 2 \\ 2 g-60 & =g \\ 2 g-g & =60 \\ g & =60\end{aligned}\)

Masa yang digunakan untuk menjawab kuiz geografi = 60 minit

Masa yang digunakan untuk menjawab kuiz sejarah
= g – 30
= 60 – 30
= 30 minit

Jumlah masa Nadia menjawab kedua-dua kuiz
= 60 + 30
= 90 min
= 1 jam 30 minit


Soalan 7:

Rajah di atas menunjukkan pelan bagi susunan meja di dalam sebuah bilik. Jarak di antara meja dengan meja ialah 1.5 m dan jarak di antara meja dengan dinding ialah 2 m. Tentukan luas permukaan bagi sebuah meja kecil dan sebuah meja besar.


Penyelesaian:



\(\begin{aligned} \text { Panjang bilik } & =16 \\ 2+x+1.5+2 x+1.5+2 x+2 & =16 \\ 5 x+7 & =16 \\ 5 x+7-7 & =16-7 \\ 5 x & =9 \\ \frac{5 x}{5} & =\frac{9}{5} \\ x & =\frac{9}{5}\end{aligned}\)

\(\begin{aligned} \text { Lebar bilik } & =10.6 \\ 2+y+1.5+y+1.5+y+2 & =10.6 \\ 3 y+7 & =10.6 \\ 3 y+7-7 & =10.6-7 \\ 3 y & =3.6 \\ \frac{3 y}{3} & =\frac{3.6}{3} \\ y & =1.2\end{aligned}\)


Luas permukaan meja kecil
= (x)(y)
\(\begin{aligned} & =\frac{9}{5} \times 1.2 \\ & =2.16 \mathrm{~m}^2\end{aligned}\)

Luas permukaan meja besar
= (2x)(y)
\(\begin{aligned} & =2\left(\frac{9}{5}\right) \times 1.2 \\ & =\frac{18}{5} \times 1.2 \\ & =4.32 \mathrm{~m}^2\end{aligned}\)

Leave a Comment