Buku Teks Matematik Tingkatan 1 (KSSM) – Mahir Diri 5.1 (Soalan 1 – 3)


Soalan 1:
Encik Gan melaburkan sejumlah wang ke dalam Amanah Saham. Dividen yang diberikan mengikut suatu kadar pada setiap tahun. Wakilkan setiap pemboleh ubah dalam situasi tersebut dengan huruf yang sesuai. Seterusnya, terangkan sama ada setiap pemboleh ubah itu mempunyai nilai yang tetap atau nilai yang berubah.

Penyelesaian:
Katakan k =  jumlah wang yang dilaburkan oleh Encik Gan ke dalam Amanah Saham
d = dividen yang diberi oleh Amanah Saham mengikut suatu kadar (%) pada setiap tahun

k mempunyai nilai yang tetap kerana sejumlah wang yang dilaburkan itu merupakan wang pelaburan awal sahaja manakala d mempunyai nilai yang berubah kerana kadar dividen akan berubah setiap tahun mengikut ekonomi semasa.

Soalan 2:

Sebiji tembikai yang berjisim 5 kg dan dua biji durian yang sama jisim diletakkan di atas sebuah penimbang.
Jika bacaan yang ditunjukkan pada penimbang itu ialah m kg, tulis satu ungkapan bagi jisim sebiji durian itu.

Penyelesaian:
Diberi bahawa jisim sebiji tembikai = 5 kg
Katakan jisim sebiji durian = d kg
Bacaan yang ditunjukkan pada penimbang = m kg
\[ \begin{aligned} 5+2 d & =m \\ 2 d & =m-5 \\ \frac{2 d}{2} & =\frac{m-5}{2} \\ d & =\frac{m-5}{2} \\ d & =\left(\frac{m-5}{2}\right) \mathrm{kg} \end{aligned} \]

Soalan 3:

Rajah di sebelah menunjukkan sebuah taman berbentuk segi empat tepat. Kawasan berlorek yang berbentuk segi empat sama ditanami pokok bunga. Kawasan selebihnya ditutupi batu bata. Tulis satu ungkapan bagi luas kawasan batu bata.

Penyelesaian:
\[ \begin{aligned} \text { Luas kawasan taman berbentuk segi empat tepat } & =(x \times y) \mathrm{m}^2 \\ & =x y \mathrm{~m}^2 \end{aligned} \] Luas kawasan berbentuk segi empat sama ditanami pokok bunga \[ \begin{aligned} & =(15 \times 15) \mathrm{m}^2 \\ & =225 \mathrm{~m}^2 \end{aligned} \] Luas kawasan batu bata = Luas kawasan taman – luas kawasan ditanami pokok bunga \[ =(x y-225) \mathrm{m}^2 \]

Leave a Comment