Latih Diri 4.5c – Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Bab 4 (Nisbah, Kadar dan Kadaran)

Soalan 1:
Terdapat 40 orang penumpang di dalam sebuah bas. Di perhentian bas yang berikutnya, 8 orang penumpang turun dan 18 orang penumpang menaiki bas itu.

(a) Tentukan peratusan penumpang yang turun bas berbanding dengan jumlah penumpang asal dengan mengaplikasikan konsep kadaran.

(b) Apakah nisbah penumpang yang menaiki bas di perhentian bas berbanding dengan jumlah baharu penumpang di dalam bas?

Penyelesaian:
(a)
Katakan peratusan penumpang yang turun bas ialah x.
$$
\begin{aligned}
\frac{x}{100} & =\frac{8}{40} \\
x \times 40 & =8 \times 100 \\
x & =\frac{8 \times 100}{40} \\
x & =20
\end{aligned}
$$
Maka, 20 % daripada penumpang menurun bas.


(b)
Jumlah baharu penumpang di dalam bas
= 40 – 8 + 18
= 50

Nisbah penumpang yang menaiki bas di perhentian bas  :  Jumlah baharu penumpang di dalam bas
18    :   50
(÷2)      9    :   25

Leave a Comment