Uji Minda 3.1c – Buku Teks Matematik Tingkatan 3 Bab 3 (Simpanan & Pelaburan, Kredit & Hutang)


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai pulangan pelaburan atau ROI?

Penyelesaian:
Nilai pulangan pelaburan merujuk kepada nilai pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan oleh pelabur. Ia juga merupakan nisbah keuntungan atau kerugian yang diperoleh daripada suatu pelaburan.


Soalan 2:


Pada 1 Januari 2019, Encik Moses membeli sebuah inap desa dengan harga RM250 000.
Kadar sewa sehari ialah RM100.
Secara purata 20 hari dalam sebulan inap desa tersebut akan diinap oleh penghuni.

(a) Hitung sewa bulanan.
(b) Hitung jumlah pulangan pelaburan jika inap desa ini dijual dengan harga RM480 000 pada akhir tahun tersebut.


Penyelesaian:
(a)
$$ \begin{aligned} \text { Sewa bulanan } & =\text { RM100 } \times 20 \text { hari } \\ & =\text { RM2 } 000 \end{aligned} $$

(b)
$$ \begin{aligned} \text { Sewa tahunan diterima } & =\text { RM2 } 000 \times 12 \\ & =\text { RM24 } 000 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Keuntungan modal } & =\text { RM480 } 000-\text { RM250 } 000 \\ & =\text { RM230 } 000 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Jumlah pulangan pelaburan } & =\text { Sewa }+ \text { Keuntungan modal } \\ & =\text { RM24 } 000+\text { RM230 } 000 \\ & =\text { RM254 } 000 \end{aligned} $$


Soalan 3:
Pada 1 Januari 2018, Rahim melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4 000 unit bernilai RM1 seunit. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, ASB membayar dividen sebanyak 8%.
Berapakah dividen yang diterima oleh Rahim pada tahun tersebut?


Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} \text { Modal awal } & =4000 \times \mathrm{RM} 1.00 \\ & =\mathrm{RM} 4000 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Dividen } & =\frac{8}{100} \times(4000 \text { unit } \times \text { RM1.00 }) \\ & =\frac{8}{100} \times \text { RM4 } 000 \\ & =\text { RM320 } \end{aligned} $$

Leave a Comment