10.3.1 Pintasan



10.3.1 Pintasan

1.   Pintasan-x ialah koordinat-bagi titik persilangan suatu garis lurus dengan paksi-x.
2.   Pintasan-y ialah koordinat-bagi titik persilangan suatu garis lurus dengan paksi-y.



3.   Dalam rajah di atas, pintasan-x bagi garis lurus PQ ialah 6 dan pintasan-y bagi PQ ialah 5.
4.   Jika pintasan-x dan pintasan-y diberikan,

Kecerunan, m = Pintasan- y Pintasan- x


10.3.2 Pintasan (Contoh Soalan)

Soalan 1:


Pintasan-x bagi garis lurus ST ialah

Penyelesaian:
Koordinat-x bagi titik persilangan pada garis lurus dengan paksi-x ialah –0.4.
Oleh itu, pintasan-x bagi garis lurus ST ialah –0.4.


Soalan 2:
Cari pintasan-x bagi garis lurus 2x + 3+ 6 = 0.

Penyelesaian:
2x + 3y + 6 = 0
Pada pintasan-x, y = 0
2x + 3(0) + 6 = 0
2x = –6
= –3


Soalan 3:
Cari pintasan-y bagi garis lurus 12x – 15y = 60.

Penyelesaian:
12x – 15y = 60
Pada pintasan-y, x = 0
12(0) – 15y= 60
–15y = 60
y = –4

Leave a Comment