4.1 Poligon


4.1 Poligon
 
4.1.1 Poligon Sekata
1.  Poligon sekata ialah poligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya sama besar.

2. Poligon sekata dengan n sisi mempunyai n paksi simetri.

Misalnya:



4.1.2 Sudut Pedalaman dan Sudut Peluaran Poligon
1. Sudut pedalaman poligon ialah sudut yang terbentuk dalam poligon oleh dua sisi yang bersebelahan.
2. Sudut peluaran poligon adalah penggenap kepada sudut pedalaman poligon itu.


3. Hasil tambah semua sudut pedalaman sebuah poligon dengan n sisi ialah:  ( n2 )× 180 o  

4. 
Semua sudut pedalaman sebuah poligon sekata adalah sama. Maka, sudut pedalaman sebuah poligon dengann n-sisi ialah
( n2 )× 180 o n

5. 
Hasil tambah semua sudut peluaran sebuah poligon ialah 360o.

6. Semua sudut peluaran sebuah poligon sekata adalah sama. Maka, sudut peluaran sebuah poligon dengan n-sisi ialah 
360 o n

Leave a Comment