8.1 Graf Fungsi


8.1 Graf Fungsi
 
8.1.1 Fungsi
1. Fungsi ialah hubungan yang mengungkapkan sesuatu pemboleh ubah dalam sebutan satu atau lebih pemboleh ubah yang lain.


2.  Dalam suatu fungsi, pemboleh ubah yang merupakan subjek kepada hubungan dipanggil pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah yang lain dipanggil pemboleh ubah tak bersandar.
3. Untuk setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, hanya ada satu nilai pemboleh ubah bersandar yang sepadan.


8.1.2  Graf Fungsi
1.   Kita boleh mewakilkan suatu fungsi dengan garis lurus atau garis lengkung pada satah koordinat.
Contoh:
 
2. Langkah-langkah melukis graf fungsi:
(a) Bina jadual nilai.
(b) Pilih skala yang sesuai untuk paksi-x dan paksi-y.
(c) Plotkan titik-titik dengan menggunakan pasangan tertib.
(d) Sambungkan titik-titik untuk membentuk garis lurus atau garis lengkung yang licin.
(e) Labelkan graf itu.

3. Daripada graf fungsi, kita boleh menentukan
(a) nilai y, apabila nilai x diberi.
(b) nilai x, apabila nilai y diberi.



Leave a Comment