9.2.2 Lokus dalam Dua Dimensi, Praktis Berformat PT3


9.2.2 Lokus dalam Dua Dimensi, Praktis Berformat PT3

Soalan 4:
Rajah di ruang jawapan menunjukkan sisi empat ABCD yang dilukis pada grid segi empat sama yang sama besar bersisi 1 unit.
X, Y dan Z adalah tiga titik yang bergerak di dalam sisi empat ABCD.
(a) X ialah titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya adalah sentiasa sama dari titik B dan titik D.
Dengan menggunakan huruf abjad di dalam rajah, nyatakan lokus bagi X.
(b) Pada rajah, lukis,
(i) lokus bagi titik Y dengan keadaan jaraknya adalah  sentiasa 6 unit dari titik t A,
(ii) lokus bagi titik Z yang bergerak dengan keadan titik itu sentiasa berjarak 3 unit dari garis  AB.
(c) Seterusnya, tandakan dengan simbol ⊗ kedudukan bagi persilangan lokus Y dan lokus Z  itu.

Jawapan
:
(b)(i),(ii) dan (c)


Penyelesaian
:
(a) Lokus bagi X ialah garis AC.

(b)(i),(ii) dan (c)




Soalan 5:
Rajah di ruang jawapan menunjukkan sebuah segi empat sama ABCD. E, F, G dan H ialah titik tengah bagi garis lurus AD, AB, BC dan CD masing-masing. W, X dan Y ialah titik-titik yang bergerak di dalam segi empat sama itu.
Pada rajah,
(a) lukis lokus bagi titik W dengan keadaan jaraknya adalah sentiasa sama dari AD dan BC.
(b) lukis lokus bagi titik X yang bergerak dengan keadaan XM = MG.
(c) lukis lokus bagi titik Y yang bergerak dengan keadaan titik itu sentiasa berjarak 6 cm dari titik C.
(d) Seterusnya, tandakan dengan simbol ⊗  persilangan bagi lokus W dan lokus Y.

Jawapan
:
(a), (b), (c) dan (d)


Penyelesaian
:



Soalan 6:
Rajah pada ruang jawapan di bawah menunjukkan sebuah poligon ABCDEF yang dilukis pada grid segi empat sama bersisi 1 unit. X, Y dan Z ialah titik-titik yang bergerak dalam poligon itu.
(a) X ialah titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari titik B dan titik F.
Dengan menggunakan huruf, nyatakan lokus bagi X pada rajah itu.
(b) Pada rajah pada ruang jawapan, lukis
(i) lokus bagi titik Y yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa selari dan sama dari garis lurus BA dan garis lurus CD.
(ii) lokus bagi titik Z yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa 6 unit  dari titik A.
(c) Seterusnya, tandakan dengan simbol ⊗  persilangan bagi lokus Y dan lokus Z.

Jawapan:
(b)(i), (ii) dan (c)


Penyelesaian:
(a) Lokus bagi X ialah AD.

(b)(i),(ii) dan (c)



Leave a Comment