9.3.2 Laju dan Pecutan, Praktis Berformat PT3


Soalan 4:
Susan memandu kereta dengan purata laju 105 km/j dari bandar F ke bandar G.
Perjalanan itu mengambil masa 3 jam.

Susan mengambil masa 30 minit lebih lama dalam perjalanan pulang dari G ke F.
Hitung purata laju, dalam km/j, perjalanan pulang.

Penyelesaian:
Jarak dari F ke G = 105 km/j×3 jam =315 km Purata laju bagi perjalanan pulang = jarak yang dilalui masa yang diambil = 315 km 3 1 2  jam =90 km/j


Soalan 5:
Jadual di bawah menunjukkan jarak yang dilalui dan purata laju bagi empat buah kenderaan.

Kenderaan Jarak (km) Purata laju (km/j)
A 230 115
B 250 100
C 170 85
D 245 70
Kenderaan manakah yang mengambil masa yang sama untuk menghabiskan perjalanan tersebut?

Penyelesaian:
Masa yang diambil oleh kenderaan A= 230 115 =2 jam Masa yang diambil oleh kenderaan B= 250 100 =2 1 2  jam Masa yang diambil oleh kenderaan C= 170 85 =2 jam Masa yang diambil oleh kenderaan D= 245 60 =3 1 2  jam

Maka, kenderaan A dan C mengambil masa yang sama untuk menghabiskan perjalanan tersebut.


Soalan 6:
Mei Ling memandu kereta dari Kuantan ke Kuala Terengganu sejauh 170 km dalam masa 2 jam. Kemudian dia meneruskan perjalanan ke Kota Bahru dan meningkatkan kelajuan keretanya kepada 100 kmj-1 selama 45 minit.

Kira pecutan dalam kmj-2, bagi kereta itu.

Penyelesaian:
Halaju dari Kuantan ke Kuala Terengganu = 170 2 =85  kmj 1 Pecutan = Halaju akhirHalaju awal Masa diambil = 10085 45 60 =20  kmj 2

Leave a Comment