6.2 Persamaan Linear Dalam Dua Pemboleh Ubah


6.2 Persamaan Linear Dalam Dua Pemboleh Ubah
1. Persamaan linear dalam dua pemboleh ubah ialah suatu kesamaan yang melibatkan nombor dan sebutan linear dalam dua pemboleh ubah.
 

 
2. Untuk menentukan nilai satu pemboleh ubah dalam persamaan linear dalam dua pemboleh ubah, gantikan nilai pemboleh ubah lain yang diberi ke dalam persamaan itu. Kemudian, selesaikan persamaan itu.

Contoh:
Diberi 2x + 3y = 6, cari nilai bagi
(a) x jika y = 4, 
(b) y jika x = –3

Penyelesaian:
(a)
Gantikan y = 4 ke dalam persamaan.
 2x + 3y = 6
 2x + 3 (4) = 6
 2x + 12 = 6
 2= 6 – 12
 2= –6
x = –3

(b)
  
Gantikan x = –3 ke dalam persamaan.
2x + 3y = 6
2 (–3) + 3y = 6
 –6 + 3y = 6
 3= 6 + 6
 3= 12
y = 4
 

2 thoughts on “6.2 Persamaan Linear Dalam Dua Pemboleh Ubah”

Leave a Comment