4.2.1 Statistik II, Praktis Berformat PT3


4.2.1 Statistik II, Praktis Berformat PT3
 
Soalan 1:
Diberi mod bagi set data 7, 5, 3, 2, 3, y, 7, 6 dan 5 ialah 7, cari min.

Penyelesaian:
Jika mod ialah 7, maka y = 7
Min = 7+5+3+2+3+7+7+6+5 9  = 45 9  =5


Soalan 2:
Min bagi set nomber 7, 2 , x, 4, 5, 3, y ialah 5. Nilai bagi x + y ialah

Penyelesaian:
Min =  jumlah nilai data jumlah bilangan data 7+2+x+4+5+3+y 7 =5 x+y+21=7×5   x+y=3521   x+y=14


Soalan 3:
Jadual di bawah menunjukkan bilangan buku cerita yang dibaca oleh sekumpulan murid dalam satu minggu.

Bilangan buku
1
2
3
4
5
Bilangan murid
3
0
1
5
6
Median bagi data di atas ialah

Penyelesaian:

Bilangan buku
1
2
3
4
5
Bilangan murid
3
0
1
5
6
Kedudukan
1 – 3
3
4
5 – 9
10 – 15
Bilangan murid = 3 + 0 + 1 + 5 + 6 = 15
Nilai tengah-tengah berada pada kedudukan ke-8.
Dari jadual, kedudukan ke-8 mempunyai nilai 4, oleh itu median bagi data ialah 4.


Soalan 4:
Jadual menunjukkan skor bagi sekumpulan murid dalam suatu permainan bola keranjang.

Skor
1
2
3
4
5
Bilangan murid
4
11
5
3
2

Hitung peratusan bilangan murid yang mendapat skor lebih daripada skor mod.


Penyelesaian:

Skor mod = 2
Bilangan murid yang mendapat skor lebih daripada 2
= 5 + 3 + 2
= 10

Jumlah murid
= 4 + 11 + 5 + 3 + 2
= 25

Peratusan bilangan murid yang mendapat skor lebih daripada skor mod

= 10 25 ×100% =40%


Soalan 5:
Min umur Alex, Michelle dan tiga orang anak mereka ialah 34 tahun. Min umur bagi tiga orang anak mereka ialah 20 tahun.
Hitung min umur Alex dan Michelle.

Penyelesaian:
Jumlah umur = 34 × 5 = 170 tahun
Jumlah umur tiga anak mereka
= 20 × 3
= 60 tahun

Jumlah umur Alex dan Michelle
= 170 – 60
= 110 tahun

Min umur Alex dan Michelle

= 110 2 =55 tahun  
 

Leave a Comment