3.1 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga


3.1 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga
 
(A) Kuasa Dua
Kuasa dua suatu nombor ialah hasil darab nombor itu apabila didarab dengan dirinya sendiri.

Contoh:
(a) 13= 13 × 13 = 169
(b) (–10)= (–10) × (–10) = 100
(c) (0.4)2 = 0.4 × 0.4 = 0.16
(d) (–0.06)= (–0.06) × (–0.06) = 0.0036
(e)  ( 3 1 2 ) 2 = ( 7 2 ) 2 = 7 2 × 7 2 = 49 4 ( f )  ( 1 2 7 ) 2 = ( 9 7 ) 2 =( 9 7 )×( 9 7 )= 81 49


(B) Kuasa Dua Sempurna
1. Kuasa dua sempurna ialah kuasa dua suatu nombor bulat.
 
2. Kuasa dua sempurna dapat diperoleh dengan mendarab satu nomborbulat dengan dirinya sendiri.
Misalnya:
4 = 2 × 2  
9 = 3 × 3  
16 = 4 × 4
 
3. Dua belas nombor kuasa dua sempurna yang pertama:
= 12, 22, 32, 42, 52, 62, 72, 82, 92, 102, 112, 122
= 1, 4, 9, 16, 25, 36, 49, 64, 81, 100, 121, 144


(C) Punca Kuasa Dua Nombor
1. Punca kuasa dua suatu nombor positif ialah suatu nombor yang apabila didarabkan dengan dirinya sendiri akan menghasilkan nombor positif itu.
 
Contoh:
(a)  169 = 13×13 =13 (b)  25 64 = 5×5 8×8 = 5 8 (c)  72 98 = 72 36 98 49 = 6×6 7×7 = 6 7 (d)  3 1 16 = 49 16 = 7 4 =1 3 4 (e)  1.44 = 1 44 11 100 25 = 36 25 = 6 5 =1 1 5


(D) Kuasa Tiga
1. Kuasa tiga suatu nombor ialah hasil darab nombor itu apabila didarab dengan dirinya sendiri sebanyak dua kali.

Misalnya
:
Kuasa tiga bagi 3 ialah
33 = 3 × 3 × 3
   = 27

2. 
Kuasa tiga sebarang nombor negatif adalah negatif.
Misalnya:
(–2)3 = (–2) × (–2) × (–2)
= –8
3. Kuasa tiga sifar ialah sifar. Kuasa tiga satu ialah satu, 13 = 1.


(E) Punca Kuasa Tiga Nombor
1. Punca kuasa tiga suatu nombor ialah nombor yang kuasa tiganya sama dengan nombor yang diberikan itu. Tatatanda bagi punca kuasa tiga ialah "  3  ".
Misalnya:
64 3 = 4×4×4 3    =4  
64 3 disebut sebagai ‘punca kuasa tiga bagi enam puluh empat’.

2. 
Punca kuasa tiga sebarang nombor positif adalah positif.
Misalnya:
125 3 = 5×5×5 3    =5

3. 
Punca kuasa tiga sebarang nombor negatif adalah negatif.
Misalnya:
125 3 = ( 5 )×( 5 )×( 5 ) 3    =5

4. 
Untuk mencari punca kuasa tiga suatu pecahan, permudahkan pengangka dan penyebut pecahan kepada bentuk kuasa tiga integer. Selepas itu, cari punca kuasa tiga integer-integer itu.
Misalnya:
16 250 3 = 16 8 250 125 3  = 8 125 3  = 2 5

7 thoughts on “3.1 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga”

Leave a Comment